TGNA: Memang Saya Silap...

* Macang – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

* Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan 'tidak salah' dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah 'tidak pelik'.

* "Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

* "Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

* Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

* "Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

* "Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam," katanya.

Komen UMMI - seperti bidalan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa...begitu juga dengan kenyataan TGNA yang lepas bila tersalah guna perkataan.. nak katakan 'tak pelik' guna 'tak salah'...apa lagi memang salah le jadinya..kenyataan yang menjadi kontrovesi kepada umat Islam...

tapi yang ummi nak highlightkan adalah pengakuan TGNA tersilap tu yang kita puji..dah tersilap ngaku tersilap..ye lah TGNA juga manusia biasa apa nak heran kalau tersilap pun..yang herannya bila dah silap tapi tak nak ngaku silap..egonya tinggi melangit sangat...

Sumber - (`•.¸ ♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

0 comments: