SOALAN HARAKAH: Apa komen Tuan Guru tentang Himpunan Memansuhkan ISA di Ibu Negara Kuala Lumpur pada 1 Ogos, lalu?
TUAN GURU ABDUL HADI: Satu perhimpunan yang menarik yang menyuarakan suara hati rakyat yang sebenar. Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan bukan rakyat yang di luar bandar. Bukan rakyat yang dipengaruhi media-media sebelah pihak.
Mereka turun dengan satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah. Undang-undang yang digunakan oleh penjajah untuk menyelamatkan dia. Masa itu dia bertindak ke atas kumpulan Islam. Seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Hizbul Muslimin dan PAS sendiri yang menjadi mangsa undang-undang itu. Dan termasuklah golongan berhaluan kiri yang menentang penjajah.
Walaupun mereka ini ideologinya tidak sama dengan kita yang bercanggah dengan Islam, mereka (PKMM) juga menentang penjajah pada masa itu. Tetapi yang banyak menjadi mangsanya adalah dari kumpulan Islam yang didera dengan undang-undang ini.
Malangnya, undang-undang warisan penjajah ini diteruskan. Pada hal negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Adalah tidak wajar kita (Malaysia) masih mengamalkan undang-undang yang seperti ini. Apatah lagi apabila kita melihat undang-undang ini digunakan menjadi ‘senjata’ untuk mempertahankan pemerintahan satu parti di Malaysia.
Ini bukan amalan demokrasi yang sebenar. ISA digunakan untuk bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan. Bahkan, digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang.
Jelas undang-undang ini disalahgunakan. Tindakan menahan seseorang tanpa suatu penyiasatan yang adil. Ini yang berlaku, dan kita (PAS) mahu satu undang-undang yang lain.
Kita (PAS) mahu juga negara kita selamat. Tetapi dengan satu undang-undang yang adil, yang baik dan berakhlak dan bukan macam Akta ISA yang ada pada hari ini.
SOALAN: Pihak tertentu mendakwa demonstrasi itu mencetuskan keganasan dan huru-hara. Pendapat Tuan Guru?
TOK GURU ABDUL HADI: Saya melihat dengan mata saya sendiri di mana penganjur telah berjaya mengawal keadaan. Dan (penganjur) meminta supaya pemuda-pemuda jangan bertindak melawan. Dan mereka (pemuda) tidak melawan langsung tetapi apa yang berlaku pihak polis bertindak melontar gas pemedih mata, semburan air dan mereka berundur tidak melawan.
Ini satu disiplin yang sangat baik dan menarik dilihat oleh pihak media. Sepatutnya, pihak media mereka laporkan dengan adil. Dan tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera. Dan saya melihat jumlah puluhan ribu penunjuk perasaan adalah mengatasi jumlah polis.
Jika mereka (rakyat) ganas sudah pasti mereka akan bertindak dengan mudah. Kita tidak mahu begitu, kerana kita tahu pihak polis adalah anggota yang ‘dipaksa’ oleh pihak pemerintah. Mereka (polis) dipaksa walau pun di kalangan mereka itu tidak redha dengan apa yang berlaku, ini kita tahu.
Dengan sebab itu, pihak penganjur telah berjaya mengadakan satu disiplin di mana tidak bertindak melawan polis meski pun polis bertindak. Ini adalah satu perkara yang menarik tidak pernah saya lihat dalam demontrasi sebelum ini.
SOALAN: Tuan Guru sendiri ada pengalaman bagaimana keganasan polis ketika mereka menangani keadaan seumpama itu?
TOK GURU ABDUL HADI: Saya pernah kena (gas pemedih mata) di Batu Enam ketika kita hendak mengadakan majlis ceramah dan dilontar dengan gas pemedih mata di perkarangan Masjid at-Taqwa Batu Enam. Dan gas itu masuk ke dalam masjid, tempat beribadat.
Dan pernah juga ketika menghadiri demonstrasi membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kami dihentam dengan gas termasuk terdapat di kalangan orang tua, kanak-kanak dan wanita.
Itu saya melihat sendiri. Itu adalah amalan-amalan yang tidak sihat.
Saya pernah melihat demonstrasi di England, di negara barat. Di mana mereka membenarkan demontrasi dan polis mengawal supaya tidak merosakkan harta awam.
Kemudian, mereka akan melepaskan rasa sama ada dengan ucapan, penyerahan nota dan selepas itu ‘habis’ (tamat) tidak ada apa-apa dan terpulang kepada kerajaan sama hendak terima atau tidak. Itu satu cara yang sangat menarik.
SOALAN: Ada pihak kononnya akan menuntut ganti rugi kepada penganjur demonstrasi tersebut. Komen Tuan Guru?
TOK GURU ABDUL HADI: Saya rasa mereka (penunjuk perasaan) tidak merosakkan harta awam dan mereka juga tidak melawan polis. Tidak ada sebab untuk menuduh mereka ganas dan merosakkan harta awam. Itu (tuntutan) satu cara untuk mengambil kesempatan sahaja.
Bahkan, saya mendapat maklumat sebenarnya, mereka (peniaga) juga untung kerana ramai orang masuk ke kedai masing-masing untuk membeli-belah, makan dan minum. Tuduhan itu satu sikap ‘oportunis’, satu sikap yang tidak betul dan tidak baik.
Satu gambaran yang sangat zalim terhadap mereka yang berdemonstrasi. Jika ada kerugian pun mereka (peniaga) kena minta dengan kerajaan. Kerajaan yang memprovokasikan demonstrasi itu dan saya tidak nampak pun ada kerugian.
SOALAN: Jadi, apakah Tuan Guru melihat demonstrasi Memansuhkan ISA itu berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya?
TOK GURU ABDUL HADI: Saya melihat ada kejayaan sedikit sebanyak dan kerajaan telah menunjukkan sikap terbuka sedikit.
Sama ada melalui kenyatan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang membuat kenyataan untuk mengkaji semula Akta ISA dan itu sudah ada satu tanda perubahan yang berbeza di zaman Tun Dr Mahathir dan zaman sebelumnya. Ini satu sikap yang kita terima dengan positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
![](http://2.bp.blogspot.com/_1DrTP4yaKGo/ShrQZebMVTI/AAAAAAAABTg/MUH7bKDYZWU/S242/Tok+Guru.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2E5JRUZVsX5ZxWRX8A8WuOWoZjIZvFh-XhpKt4zUq29_M4lPG7mApAzDcEHnAi11qMzbqIg2blgOx8s1zOw1mk46z8Og8m6l1pS_mqzpJ8fvaAjqmjuwOBjTqkfrRpfzLUXQsOKFpOI/s320/pas-islam-untuk-semua.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMhNA0sgtM-SBCul9CuO7OVrzRD-iu2oPOsK3ByEmggCLK666UWAOKzp1rFAEBaRe4NosbGb0HRt_Nxdnw0pg47dvUJdtJpvrBvSmZy0aq6hfPpGwfWmVmjfhPk8BR0paJn3H6xT3HCIw/s400/gemilangnya+Islam+di+bawah+kepimpinan+ulama%27.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOAo4o_wgNMFS67OEZjI8nM8q0RLc9TTZaHlOZTyzYFqE3XBwxNa-51wHNLdKvV0ovkSVo3XxUPY7FkUtrFRdSFV6xdlJk7GZLryE7M0JccKfctbJI8M__xKsQCRIAL_FH121D7yz0T1c/s400/mansuh-auku.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyG1aqk8kZ620vtL-xcemJcRoYzsmJb33pqKMdMmqe5AfajaqpSH-jZuBHDDB1ag07bSEyXTjzmdPWDVUWhiOQBd5si_XSRiP7s_0m0-3xW7PyImNjxDGxTlJVN6evhtJmy4XE-8JkP8Q/s254/isa2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgakFQeKvodJDBk2agRd6CuATYu1nN4f52nmuBs2nIzjHpCM5AuvsmY3njYe18Y3Qjdk40gyi1IgMrVLt67p8qrE3LIibwn47OSWLHFON4truxldk5oM6slDlF7EhqHH2xICQgsqVczJkHx/s400/2150_20090515120413_1.jpg)
![](http://th07.deviantart.net/fs41/300W/i/2009/013/5/1/Free_Gaza_Save_Palestine_by_gla55h3ART.jpg)
sebarang maklum balas sila email ke:
kamalfarhanmohdradzi@gmail.com
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(175)
-
▼
August
(103)
- dgr apa keputusan spr hari nie.
- hadiah utk hari merdeka 1 malaysia
- demo mendesak perletakan jawatan katak bebas.
- Suram hati Piem Satu Malaysia dapat dirasai.
- Polis Pun Lembu, Tunggu Arahan Najib Baru Bertindak
- arak ibu segala maksiat
- Tiada Manusia Layak Mengampunkan Kartika
- sebat bukan sebarang sebat
- Pilihan raya kecil Kota Seputeh… SPR umum minggu d...
- Gempar! Bapa Rafizah pula hilang!
- Tindakan Radzhi untungkan Pakatan
- khairul azam nak masuk pas.
- kempen bn
- Ustadz Mahathir Kata Berdosa Labelkan Orang Lain K...
- Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik ...
- UMNO/BN Edar Wang Palsu Ke Rumah Penduduk Kampung..!
- Kurangkan ketawa
- kegiatan salah laku,rasuah dan penyelewengan pegaw...
- Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR tunggu re...
- Bekas rakan calon BN tampil bela diri
- Dedahkan Klip Ahli UMNO Tak Masuk Syurga, Media UM...
- Nik Aziz Akan Saman Akhbar Putar Belit Kenyataannya
- datuk Alimudin Syawal menyertai PKR
- Video Gobala DiKasari Polis Di permatang Pasir
- Menubuh Parti Untuk Berjuang Bagi Menegakkan Keraj...
- Kenapakah Kerajaan Atau Pemerintahan Islam Wajib D...
- Pemimpin Yang Menolak Hukum Allah; Wajib Ditentang
- Bala Allah - Antara persoalan dan punca berlaku
- Berani tegur pemimpin mereka , Khairy kena nasihat...
- 7 sunah nabi yg utama
- Rohaizat calon BN yg bermasalah.
- Surat Terbuka kepada Pengerusi SPR
- Akhil – Waheeda selamat diijabkabulHULU SELANGOR: ...
- kenapa Tok guru nik aziz dan anwar?
- ayuh Anak muda berjihad
- KJ hilang ingatan
- PRK Permatang Pasir : DAP dan PKR Lancar Jentera B...
- jaga adab kempen di bulan puasa
- Jangan ulangi pilihan raya tempat buli rakyat - Pr...
- TGNA: Memang Saya Silap...
- :: CaRa MeLaKukAN SujUd SyUKuR ::
- AISYAH Binti ABU BAKAR r.a
- undi lah PAS
- pemimpin umno berjiwa rakyat
- Dari Johor kita balik ke Seksyen 6, Shah Alam... t...
- perhimpunan "anwar pengkhianat" meriah diluar jang...
- Toilet Berbentuk Perempuan Berjilbab di Israel
- Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah!!!
- Menangislah pd tempatnya
- Tanda tanda kematian
- jgn biar kan syaitan musnah kan tujuan kita
- kepada umno!!
- Bagaimana mereka melacurkan Islam untuk kepentinga...
- KJ pengecut
- UMNO Pengkhianat Agama
- umno pengkhianat
- arak dan umno
- nik aziz-org islam yg tolak islam lagi teruk mengh...
- biodata tok guru kita.
- "Rakyat mahu bertindak ganas kalau mereka mahu, ta...
- apa benda la depa nie?
- Amaran Rasulullah Kepada FRU?
- Najib semakin ghairah menyerlahkan KEHINDUANNYA?
- Jenaka Khairy Jamaludin
- Sinar Kemenangan di Permatang Pasir
- 'Terima kasih atas kekasaran polis'
- ISA: Premis perniagaan ditutup atas arahan polis?
- menepati janji
- contoh teladan menteri pelajaran
- nikmat menjadi wanita.
- Seronoknya berpoligami. Benarkah ?
- Pearl Plus Umno Pernah Pecat Mufti Selangor Kerana...
- 1 ogos.
- fakta umno perak
- Noordin masih hidup!
- celah gigi jer din oii kalau kami nak balas.
- zambri mmg pengecut
- Satu ketika dahulu UMNO heboh mengenai replika Dat...
- Allah maha adil NAJIB
- sebar kan kepada saudara seislam kita.
- isa dan altantuya
- jom tgk orang bodoh bercakap!!
- Ibrahim Libya, pejuang anti ISA yang sejati!
- himpunan sengaja di hura-hara kan utk buruk kan im...
- ISA hina martabat manusia-tok guru NIK AZIZ
- ISA hina martabat manusia-tok guru NIK AZIZ
- wajah2 PRO-ISA
- video protest ISA oleh AL_JAZEERA dan BBC
- kenangan buat anak cucu
- bantuan diperlukan segera..
- gambar sekitar sogo-1OGOS2009
- perjuangan rakyat akhir nya akan menang-ZAID
- satu dunia kutuk kekejaman polis malaysia.
- himpunan berjaya walau polis naik histeria.
- tindakan polis terlampau dan kejam
- pejuangan rakyat itu benar.
- 80% tidak setuju demonstrasi gugat ketentraman awam.
- kemarahan rakyat akan dibawa ke pasir panjang
- mustahil umno dpt sekat kuasa rakyat
- kezaliman polis membuka mata rakyat.
-
▼
August
(103)
undilah PAS
![](http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/07/postertokguru.jpg)
![](http://cikgunurionline.files.wordpress.com/2009/04/undilah-pas.jpg)
![](http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/01/poster_calon.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-dOq7UkhXABvrhBGzrhLG6JM7OaCDu9TfWpoS3orPBgroa_p79UDH2gg8TUMgCr-8fIFgUGf2jWZrXDuBtnBNWBzgLryUawRbBg1TdpaCdMPzznPGR8DHYZerbIT-1f0p5eEN8o2xOgA/s400/sadsgfd.jpg)
![](http://dappg.org/wp-content/uploads/2009/08/postercalon.jpg)
0 comments:
Post a Comment