Oleh: dewa

"Akhbar melaporkan bahawa Najib merupakan PM pertama selepas Tun Razak yang membuat lawatan rasmi ke Batu Caves atas kapasiti sebagai Perdana Menteri. Artikel ini menyorot satu persatu usaha-usaha misteri seorang insan bernama Najib yang sering dikatikan dengan Hindu. Apakah Najib sebenarnya ingin menyerlahkan kehinduannya? Mari lihat bersama-sama peristiwa-peristiwa tersebut :

1. ZIARAH BATU CAVES
“The Malaysian Insider by Lee Wei LianKUALA LUMPUR, Aug 9 — Datuk Seri Najib Razak today became the first prime minister to make an official visit to Batu Caves since his father Tun Abdul Razak did in 1970. Though their visits to the site best known for its Hindu cave temples and the spectacular Thaipusam festival were separated by nearly forty years, the circumstances that surrounded their visits are in some ways, remarkably similar…”

Kalau Nik Aziz dan Nizar ziarah kuil, tentulah dengan segera UMNO menuduh mereka berdua rosak akidah. Tapi bila bos UMNO no.1 ni ziarah, semuanya ok menurut UMNO.

2. NAJIB BUAT UPACARA HINDU DI RUMAHNYA

Dalam Statutory Declaration yang dibuat oleh Bala, jelas dinyatakan Najib ada membuat upacara keagamaan Hindu di rumah Najib. Sehari selepas membuat kenyataan ini, Bala hilang secara misteri dan dilaporkan kononnya menarik balik kenyataannya.

3. NAJIB NYALAKAN LILIN DI KUIL

Bila Nizar pegang lilin sempena protes kematian/pembunuhan seorang sahabat bernama Teoh, UMNO segera tuduh Nizar kafir dan rosak akidah. Bila Najib nyalakan lilin di kuil, UMNO pula menyucapkan syabas.. Double standard taraf binatang UMNO nih.

4. NAJIB KERAP BERSANDIWARA

Baru 2-3 balik dari umrah di Mekah, Najib sudah membiarkan isterinya membuka aurat. Gambar isterinya mencium pipi pemuda-pemuda di sana sini juga cukup menyedihkan rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya. Inikah sikap seorang Islam?

5. 1Malaysia untuk ambik hati Hindu?

Kita maklum UMNO sedang mambawa usul ke kabinet untuk menghalang anak mualaf yang bawah umur dari masuk Islam seperti ibu atau bapanya yang Islam kerana STATUS AGAMA ANAK MESTI MENURUT STATUS AGAMA IBUBAPA SEWAKTU PERKAHWINAN IBU BAPA. Usaha UMNO menghalang anak mualaf dari masuk islam ini, yang hanya berlaku pada zaman Najib ini menimbulkan tandatanya tentang status agama Najib.


Berhubung soal DAP yang kadangkala kelihatan menetang Islam, PAS memang faham masalah ini dan PAS tegas dalam prinsip dan sentiasa mentarbiyah dan menjelaskan Islam kepada DAP. Apa pun, DAP memang jelas kafirnya. Najib dan UMNO yang mengaku Islam tetapi selalu menentang Islam lebih pelik. UMNO yang memecat Mufti kerana isu arak dan ratu cantik kini cuba mengaku hero dengan berpura-pura marah dengan DAP yang menghalang arak dari dirampas. Kalau UMNO ikhlas, UMNO patut cuba benda yang sama di kawasan UMNo dahulu.

Apa pun, kepada ahli UMNO, anda boleh terus memuja bos no.1 anda, Najib secara dulu, kini dan selamanya.. Tak kuasa den nak tegur golongan buta hati nih

0 comments: