Rakyat 1Malaysia akan menilai keadilan dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam mengendalikan dan menetapkan samada SPR mengikut undang-undang atau mengikut kepentingan parti kerajaan UMNO BN apabila SPR membuat keputusannya di dalam menentukan kedudukan kerusi DUN Seputeh, Kedah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.
SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.
Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.
Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.
Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.
Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Sejak Pilihanraya Umum yang lalu, negara telah mengharungi lapan kali pilihanraya kecil dan daripadanya, tujuh telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. BN hanya memenangai satu iaitu di Batang Ai sarawak.
UMNO BN telah lama mengelak untuk berpilihanraya kerana mengetahui arus kebangkitan rakyat semenjak pilihanraya umum ke 12 tahun lalu tidak memihak kepadanya, apa tah lagi parti-parti komponen BN terutama MCA, MIC dan PPP kini sedang menghadapi kemelut dan krisis yang parah yang memungkinkan kekalahan teruk BN di dalam mana-mana pilihanraya kecil ketika ini
Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebentar tadi.
RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah terlebih awal mengecam sebarang kenaikan harga minyak tersebut.
"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," ujarnya.
PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.
Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.
Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.
"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.
Sementara itu banyak pihak menyatakan kenaikan harga minyak oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kerana pemborosan kerajaan BN di dalam mengurus dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung kenaikan harga minyak pasaran sekalipun ia bersifat sementara sepertimana yang berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM.
"Namun ia juga petanda kejatuhan kerajaan UMNO BN dengan lebih cepat," Razman, 51, dipetik sebagai berkata.
Warga Lunas hari ini mengadakan perhimpunan aman mendesak Adun Mohammad Radzhi Salleh meletak jawatan.
Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan bersama-sama 300 orang penduduk berhimpun di luar ibupejabat Pakatan Rakyat di Kulim.
Gobalakrishnan berkata warga Lunas berhak kepada Adun yang baru.
"Radzhi gagal menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dengan baik, maka warga Lunas berhak kepada Adun yang baru," kata Gobalakrishnan.
Pada 24 Ogos lalu, ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir berlangsung, Radzhi bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat.
Beliau mengumumkan dirinya wakil rakyat bebas, dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Radzhi sebelum itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 4 Jun lalu atas tuduhan penyelewengan membabitkan RM148,000.
Beliau meraih 10,000 majoriti undi dalam PRU12 yang lalu. Penduduk yang ditemui berkata mereka kesal Radzhi telah membelakangi mereka.
Polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), diketuai Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Salleh, memantau perhimpunan tersebut.
"Tak sangka lah dia akan buat macam ni," kata Siti Faridah. "Saya tidak akan undi dia lagi."
Oleh M S3M
Bulan Ogos ialah Bulan Kemerdekaan…. sepatutnya…. seperti kebiasaan pada tahun-tahun yang lalu, bulan ini disambut meriah….. bagi memperingati merdekanya Malaysia daripada belenggu penjajahan. Pelbagai program diatur bagi menyambutnya….. Semuanya, indah-indah dan berwarna-warni bagi memperlihatkan suasana ceria dan gembira menyambut hari keramat ini.
Malangnya…. pada tahun ni, suasana ceria itu sudah seakan-akan hilang…… tidak wujud lagi. Tidak banyak bendera yang dikibarkan oleh rakyat, malah suasana kemeriahan bulan kemerdekaan pun tidak dirasai sangat….. Mungkin di Kuala Lumpur atau di Putrajaya, suasana kemeriahan boleh dirasai tetapi di lain-lain ceruk rantau di bumi Malaysia….. semuanya hambar belaka.
Apakah kerana kita sibuk menjalani ibadah puasa hingga kita lupa yang bulan ini juga adalah bulan kemerdekaan?? Mungkin juga…. tetapi bagi Piem Satu Malaysia, bulan ini juga merupakan bulan yang memeningkan kepala dia. Walau pun dia cuba senyum tetapi di sebalik senyumannya itu, kelihatan kerisauan dan kegelisahan yang amat sangat…. Banyak ketika, wajahnya nampak sangat tidak ceria…. Susah hati kut???
Macam mana tidak gelisah….. macam mana tidak risau…. macam mana tak susah hati….. banyak yang berlaku sejak dua menjak ni….. tidak memberi advantage kepada imej pemerintahan dia. In fact…. menampakkan yang UBN semakin menuju kehancuran dan semakin ditolak oleh rakyat. Pening kepala Piem Satu Malaysia ni…..
Apa yang mereka buat semuanya serba tak kena…. Lepas satu PRK ke satu PRK…. mereka kecundang. Tabur duit bagai nak rak…. janji pembangunan itu dan ini, tetapi semuanya tak jalan. Mereka terus kecundang dan terus kecundang lagi.
Dalam Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir…. mereka cuba bawa isu Anwar pengkhianat Melayu…. Alih-alih strategi kempen ini, makan diri. Rakyat didedahkan tentang siapa pengkhianat bangsa Melayu yang sebenarnya. Cerita Anwar pengkhianat bangsa Melayu terhenti di situ. Malah si Muhyiddin dan si Zahid Hamidi pulak ditelanjang dan dimalukan….. Di sini, kita patut beri sedikit kredit kepada Muhyiddin kerana berjaya mengalihkan isu Altantunya kepada isu lain. Mungkin Rohaizat sengaja dipilih untuk dijadikan kambing hitam. Mungkin juga mereka sudah tahu reputasi buruk Rohaizat tetapi sengaja meletakkan dia sebagai calon di situ. Lagi pun, mereka mungkin tahu yang peluang untuk BN menang amat sukar sekali, kerana ia memang kubu kuat Pas dan Anwar Ibrahim. Letakkan Rohaizat di situ dan biar PAS hentam peribadi dia hingga reputasi dia lunyai selunyai-lunyainya. Dengan cara itu, PAS tidak akan hentam Najib dengan menggunakan isu Altantunya. Selamat seketika reputasi Najib tetapi Rohaizat menerima padahnya. Kesian Rohaizat….. Apa nak buat… nasib hang lah!!!
Cita-cita dan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Selangor, setakat ini masih tidak menjadi…. Beriya-iya mereka menggunakan lembu mereka, SPRM untuk mengugut dan mengenakan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dengan tuduhan menyeleweng dan menyalahgunakan wang peruntukan kerajaan negeri. Kerana terlalu ghairah ke arah tujuan itu….. tup-tup Teoh Beng Huat yang disoalsiasat SPRM…. mati semasa dalam tangan SPRM. Meletup kes ini…. Malaysia menjadi tumpuan dalam dan luar negara. SPRM dikecam hebat dan dituduh sebagai pembunuh berlesen yang menjadi balaci UBN yang ingin merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat. Padan muka mereka!!! Mengelabah Najib dengan isu Teoh Beng Hock ini. Senario seterusnya semua orang sudah tahu dan sedang mengikutinya dengan penuh minat. Malah….Teoh Beng Hock akan menjadi pemangkin beralihnya sokongan kaum Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat.
Kisah kematian Teoh Beng Hock belum pun reda…. Najib/UBN terkejut badak pula dengan kemasukan bekas Menteri UBN iaitu Chua Jui Meng ke pangkuan PKR. Satu tamparan hebat kepada MCA, parti komponen Barisan Nasional. Ini memberi impak negatif kepada UBN. Sekarang, Chua Jui Meng sedang membuat road show ke merata tempat. Pasti apa yang diceramahkannya sedikit sebanyak akan menyentuh tembelang UBN dan MCA. Haru-biru kepala Najib memikirkannya!!!
Kes Kartika meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Kartika seperti yang semua orang sedia maklum dijatuhi hukuman sebat kerana minum arak di negeri Pahang…. negeri Najib. Hukuman ke atas Kartika telah menimbulkan polemik yang kini mendapat perhatian dalam negeri dan juga dunia. Hukuman tersebut dibuat oleh Mahkamah Syariah Kuantan Pahang berdasarkan apa yang termaktub dalam peruntukan-peruntukan yang sedia ada. Boom!!!! Kecoh Satu Malaysia. Yang syiuknya….. Kartika dengan rela menerima hukuman tersebut malah mahu ia disegerakan tetapi hukuman ke atasnya ditangguhkan dengan pelbagai pihak memberikan pelbagai alasan. Ada yang takut imej negara tercemar dan Malaysia dilihat sebagai negara ekstrimis Islam, sedangkan Najib mahu Malaysia dilihat sebagai negara Islam sederhana. Ada pulak pihak yang menentang kerana bertentangan dengan hak asasi manusia dan mahu melindungi hak wanita dari penganiayaan…. Pening Najib memikirkannya….. gugur lagilah rambut dia!!! Selagi kes ini tak selesai…. selagi itulah Najib tak senang duduk. Panas bontot dia!!!
Kemelut yang melanda Ong Tee Kiat dengan tauke Kuala Dimensi tentang pemberian wang RM10 juta serta free plane ride juga telah membuat Najib mungkin tak lena tidur. Pasti ada yang tak kena dengan kes PKFZ yang membuatkan terbongkarnya pulak kisah yang mengaitkan Ong Tee Keat dengan RM 10 juta itu. Muhyiddin pulak cepat-cepat mahu perkara ini diselesaikan secara tertutup. Tertutup apa ke bendanya…… semua orang dah tahu!!! Kenapa?? Takut terbongkar pulak penglibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kes PKFZ ni??? Tak boleh tutup lagi…. dah jadi pengetahuan umum. Kalau siasatan betul-betul dijalankan secara telus tanpa ada hanky-panky, pasti semuanya akan terdedah dan terbongkar. Inilah yang ditakuti oleh pemimpin-pemimpin UBN. Merudumlah imej UBN dan PRU 13 nanti….. Putrajaya kita punya. Yaaahoooo!!! Ini yang membuat Najib keluar peluh jantan!!!
Sedang kes PKFZ masih panas berasap….. timbul pulak kemelut dalaman MCA dengan pemecatan Timbalan Presidennya, Dr Chua Soi Lek gara-gara kisah VCD skandal seksnya. Pelik bin ajaib… setelah sekian lama skandal itu terbongkar, malah tuan badan yang terlibat pun, telah membuat pengakuan secara terbuka serta meletakkan jawatan sebagai Menteri dan MP sebagai memikul tanggungjawab terhadap salah lakunya…… baru sekarang pulak tindakan memecatnya diambil. Mungkin ada pihak yang takut kedudukan mereka tergugat kut, dengan tindakan ‘comeback’ Soi Lek….. yang menang sebagai Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan pucuk pimpinan tertinggi MCA. Mungkinkah tindakan pemecatannya, satu tindakan…. ada udang di sebalik batu??? Apa-apa pun…. senario yang berlaku ini betul-betul mengusarkan Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional. Sudahlah sokongan kaum Cina mula beralih arah kepada Pakatan Rakyat….. senario ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan BN dalam PRU 13 nanti. Mampus BN!!!
Itu baru masalah dalam MCA….. bagaimana pulak masalah dalaman MIC dan PPP??? MIC bergolak…… PPP berkecamuk…..!!! Apabila si katak Radzhi Salleh, EXCO PKR, keluar parti dan menjadi bebas, fuuuuhhhhh… bukan main lagi para pemimpin UMNO membuat kenyataan kononnya, PKR ibarat retak menunggu belah ler…… kerjasama rakan kongsi dalam Pakatan Pakatan sedang goyah ler….. Pakatan Rakyat menuju perpecahan ler…… dan macam-macam lagi ler spekulasi negatif yang mereka buat untuk memburukan Pakatan Rakyat tetapi sekarang kita dapat lihat…. siapa sebenarnya yang sedang menghadapi masalah??? Ha ha ha…. mengata dulang paku serpih, mengata orang….. nampak gayanya, lu orang lagi lebih bermasalah!!!
Kisah rampasan komik Gedung Kartun yang dikatakan ada kaitan dengan lukisan gambar Najib mengibarkan bendera Mongolia serta isu-isu hangat politik Malaysia juga memberi gambaran bertapa, kita masih belum merdeka sepenuhnya tetapi masih dibelenggu oleh kuasa pemerintahan BN yang diterajui oleh Najib. Ini juga telah mendapat perhatian dunia luar dan telah memberi gambaran buruk serta mencalarkan imej Najib…. yang dilihat sebagai memerintah Malaysia secara kuku besi.
Jeng…. jeng… jeng …. yang terkini dan sedang hot ialah isu kepala lembu, satu provokasi murahan yang cuba menimbulkan kemarahan kaum India yang beragama Hindu. Isu ini ada kaitan dengan penempatan semula sebuah kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam. Dalam kes ini nampak sangat PDRM juga seperti lembu yang kena cucuk hidung. Berlaku depan mata kepala sendiri tetapi buat tak tahu saja…. malah membiarkan kejadian itu berlaku. Apabila cerita tersebar dan bantahan dibuat….. Najib terpaksa campur tangan. Aha…. hidung dah kena tarik…… barulah polis bersuara dan memberi amaran. Alahai….. kesian aku pada Najib, terpaksa tarik hidung pihak itu….. pihak ini untuk menyelamatkan keadaan yang boleh menjejaskan imej BN dan dia sendiri…. serta slogan Satu Malaysianya.
Oleh itu…. dengan semua yang terjadi ini, macam mana kepala Najib tak pening…. bagaimana jiwa dia tak kacau….. bagaimana dia nak memperlihat senyuman yang tulin dan ikhlas….. bagaimana dia nak seronok hati…… bagaimana dia nak tidur lena…… bagiamana dia nak menyambut kemerdekaan negara dengan ceria dan gembira??? Mungkin rakyat Satu Malaysia, perasaan apa yang sedang dilalui oleh Piem Satu Malaysia mereka, dan mereka turut simpati. Jadi sebagai menunjukkan solidariti mereka kepada Najib, mereka juga turut menunjukkan perasaan hambar serta kesuraman perasaan dan hati mereka dengan membiarkan diri lupa yang ini adalah bulan kemerdekaan negara…. Sebab itu, tahun ini bulan kemerdekaan negara kelihatan tidak ceria…. dan muram sahaja!!!
Nampaknya ternyata persepsi masyarakat selama ini benar bahawa Polis mengikut arahan dan telunjuk pemimpin UMNO.
Di dalam kes demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.
"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit," kata Khalid.
Yang anehnya sekalipun tiada permit, demonstrasi itu dibiarkan dan tiada tangkapan, tiada halangan dan tiada gas emedih mata....
Sehinggalah akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Musa Hassan untuk menyiasat insiden di Shah Alam tersebut.
Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Najib memaklumkan perkara itu kepadanya selepas beliau memberitahu Perdana Menteri mengenai insiden yang berlaku di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor selepas solat Jumaat hari ini.
"Perdana Menteri telah berjanji akan meneliti perkara dan mengarahkan KPN bertindak segera menangani perkara itu," kata Dr Subramanian dalam satu kenyataan di sini.
Yang nyata, polis hanya menuggu arahan baru mula nak bertindak. Kalau perhimpunan itu dari ahli Pakatan Rakyat sudah dibalun cukup-cukup peserta demo itu. Tetapi oleh kerana demo itu didalangi UMNO, maka polis membiarkannya.
Justeru itu banyak pihak meminta agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memelatakkan jawatan mereka atau dipecat dari jawatannya.
1. الخمر أم الخبائث
Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan
Riwayat At tabarani
Beza antara manusia dengan binatang ialah aqal . Kerana aqal manusia ditaklifkan dengan tanggungjawab pengabdian diri kepada Allah swt . Aqal jua meletakkan manusia waras bertindak dan merencana . Justeru itu , demi meletakkan manusia dalam kewarasan maka Islam mengharamkan arak dan segala perkara yang memabukkan .
2. Pengharaman arak adalah bersifat ijma' dan qatei . Sabit dalil dari nas al quran [ surah al Maaidah : Ayat 90 - 91 ] sementara nas daripada hadis Nabi saw , antaranya ialah :
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya adalah haram.
Riwayat Ahmad , Abu Dawud , At Tarmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله
Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya .
Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi
لعن النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة عاصرها و معتصرها و شاربها و حاملها
و المحمولة إليه وساقيها و بائعها و أكل ثمنها و المشترى لها و المشترى له
di riwayatkan dari Anas rha bahawa rasulullah saw bersabda : [ dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya , pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya .]
Riwayat Ibnu Majah dan at Tarmizi
3. Hukuman atas pesalah arak .
Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .
4. Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :
جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي
Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]
Riwayat Imam Muslim
Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.
Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .
Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmizi
5. Alat untuk Merotan
Tidak sabit dalam dari Rasulullah saw bahawa baginda menetapkan alat - alat tertentu untuk memukul peminum Arak . kadang - kadang baginda memukul dengan selipar , kadang - kadang dengan pelepah tamar , kadang - kadang dengan rotan dan pelepah tamar , kadang - kadang dengan tangan dan selipar seperti di riwayat berikut .
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جلد في الخمر بالجريد و النعال و جلد أبو بكر أربعين
Bahawa rasulullah saw memukul dalam hukuman meminum Arak dengan pelepah tamar dan selipar dan Abu Bakar memukul 40 pukulan .
Muttafaqun Alaih
Abu Said berkata : Pada zaman rasulullah saw , hukuman meminum arak dipukul 40 kali dengan dua selipar maka pada zaman Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap - tiap satu selipar.
Riwayat : Ahmad
6. Tindakan merotan sekuat - kuat dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam .
7. Justeru itu ada 2 perkara yang perlu dilihat semula , pertama berkait dengan jumlah sebatan dan kedua ialah cara sebatan .
8. Walaupun Islam meletakkan meletakkan jumlah yang besar iaitu 40 hingga 80 , ia tidaklah membawa kecederaan sebagaimana hanya 6 sebatan mengikut undang - undang manusia di mahkamah sivil .[ rujuk gambar ]
9. Saya dapat satu info dari sahabat dengan membawa satu frasa yang menarik :
Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam . Rotan tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran . Sementara saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak .
Dr Marina Chuhrova [ saintis Rusia ] menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini . Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka kaedah ini tetapi apabila mereka merasai kebaikannya , mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini [ rotan ] . Malah mereka sanggup pula membayar sekitar RM 400 untuk satu sessi rawatan .
10. ...... Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment , similar to that doled out regularly in British Schools in the last century , helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommend caning and says the treatment work . A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best .
....... The Russian team says they are now charging for caning sessions and are getting over U.S $ 100 per patient for a standard treatment .
Oleh: ramziredang
"Ketika TGNA mengatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, maka gegak gempita seluruh negara mengulas dan menghentam TGNA. Semua pihak yang ingin mengambil kesempatan tanpa segan silu menyerang TGNA dengan hujah hanya Allah s.w.t yang layak menentukan siapa yang masuk neraka dan siapa yang masuk syurga.
Malah Tun Mahathir yang nyanyukpun berani mengulas mengatakan sesiapa yang hendak masuk syurga boleh tanya TGNA.
Anak murid Mahathir, Harussani pun dengan tegas dan bercakap dengan keluar urat leher berhujah dengan ayat quran, hanya Allah yang layak menentukan ahli syurga dan neraka.
Majlis fatwa pun muncul sama, imam imam Jakim, ulamak terompah dan para pengampu berlumba lumba ingin membela pemimpin UMNO. Padahal sifir mudah telah Rasulullah tinggalkan kepada semua umat Islam. Barang siapa yang ingkar kepada Allah maka tempatnya adalah neraka. Barang siapa yang menyokong kezaliman haram baginya syurga. Barang siapa yang menggalakkan maksiat akan dibakar dengan api yang menyala nyala. Para alim yang membisu dan tidak menegakkan kebenaran maka akan dihumban ke neraka yang paling dalam.
Apakah semua pengampu pengampu tidak pernah mendapat rumusan di atas di dalam quran dan hadis?
Paling aneh pula sebaliknya berlaku ke atas kes Kartika yang dihukum sebat kerana kesalahan meminum arak. Berlumba lumba pulak para pengampu yang menyokong pesalah. Ramai yanng merayu supaya dikaji semula. Ramai yang minta supaya hukuman sebat dibatalkan. Jika diteliti peribadi orang orang yang ingin hukuman sebat dikaji, ternyata dia sendiri dah serasi sangat dengan minuman syaitan tersebut. Ada yang anak saudara menjadi saudagar arak. Jadi CEO syarikat arak.
Dan seperti biasa juga timbullah ulamak terompah pengampu mengulas, hukuman tersebut tidak menepati kehendak Islam sebab hanya enam sebatan. Hukum Islam kenalah sebat lapan puluh rotan. Habis, denda lima ribu tu menepati islam ke? penjara menepati kehendak islam ke? Atau membiarkan orang Islam minum arak dengan bebasnya lebih menepati kehendak Islam?
Kenapa dalam isu ini tiada sesiapa yang berhujah, hanya tuhan yang layak mengampunkan kartika? Kenapa harussani tidak bergegas di depan media mengatakan kita semua tidak layak menentukan pengampunan Kartika? Kenapa Harussani tidak membaca ayat ayat dan hadis sebanyak banyaknya dalam sidang media? Kenapa tidak dijelaskan sejelas jelasnya hukum terhadap orang Islam yang minum arak? Kenapa tidak mengulas di television sepertimana ketika dia berada di Mesir? Padahal dalam isu 'tidak layak masuk syurga', Harussani sedang berpropaganda di depan pelajar mesir, masih sanggup mengulas di tv malaysia, menghentam TGNA.
Begitulah sebenarnya akan berlaku kepada orang alim bila berada dalam gelumang najis UMNO. Kita sendiri sudah dapat meneka bila masa dia akan berhujah dan bila masa dia akan membisu. Segala hukum hakam hanya menjadi mata pencarian mereka, untuk mengisi perut mereka yang lapar.
Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari ita belajar dan dalami indahnya Islam..
Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
BUKIT MERTAJAM: Status sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh di Kedah akan menyaksikan pilihan raya kecil – yang kesembilan sejak Mac 2008 akan diketahui minggu depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat minggu depan.
“Mungkin depan kita akan mengumumkan,” kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di IKBN di sini hari ini.
Kata beliau, soal sama ada ia perlu diisyiharkan kosong ataupun sebaliknya sedang dikaji.
“Kita kaji dari semua sudut,” katanya.
Mstar
BERKAITAN..
Umno gesa Speaker Kedah Tolak-Ansur, Elak PRK Di Kota Seputeh
Umno menggesa Speaker Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk mempertimbangkan semula keputusan beliau menuntut Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif melepaskan kerusi dun selepas didapati melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri.
Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata kerajaan negeri Pas seharusnya tumpu kepada pembangunan negeri dari kepentingan politik.
Pada 17 Ogos lalu, Abdul Isa menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa kerusi Dun Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan gagal menghadirkan diri ke Sidang Dun dua kali berturut-turut, iaitu pada 9 April dan 9 Ogos.
Fasal 51 Undang-Undang Tubuh Negeri menetapkan kerusi mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir tanpa keizinan Speaker untuk dua mesyuarat berturut-turut diisytiharkan kosong.
Abdul Isa bertegas dengan keputusan untuk membuka laluan kepada pilihanraya kecil di Kota Siputeh disebalik alasan sakit dari wakil rakyat Umno itu.
“Umno tidak menafikan kesalahan yang dibuat oleh Abu Hassan, tetapi kes ini dapat diselesaikan tanpa melalui pilihanraya kecil. Mereka harap pilihanraya ini akan memaksa kerajaan Pusat tunduk pada tuntutan mereka,” kata Johari.
Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi tujuh dari lapan pilihanraya kecil pasca PRU12 yang lalu. Ketujuh-tujuh PRK tersebut dimenangi di Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini, Adun Lunas Radzi Salleh melepaskan keahlian dari Parti Keadilan Rakyat dan bertukar calon bebas. Radzi telah mengumumkan sokongan kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang bertanggungjawab kepada rampasan kuasa di Perak.Tvantara
Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.
Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.
Dalam Malaysiakini semalam, bapa Rafizah, En. Mohd. Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat membuat pengakuan. (Baca disini)Tetapi sebaik saja berita tersebut disiarkan, En. Mohd Ali telah dibawa oleh orang-orang yang tidak dikenali ke Kuantan.
http://perakexpress.com
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Pengisytiharan keluar PKR oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh tidak banyak memberi keuntungan kepada dirinya mahupun kepada BN.
Apatah lagi pengumuman dibuat selepas gagal memujuk ADUN pakatan lain bersamanya.
Dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.
Mengulas perkara itu Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya berpendapat, isu ini tidak banyak membantu Umno khususnya, jika dicanang kepada pengundi di Permatang Pasir.
�Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang,� ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mohd Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).
Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.
Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.
Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.
Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
Jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.
Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.
Ramai yang berpendapat, beberpa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.
Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi �memanfaatkan� Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.
Tindakannya meletakkan sebab �tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti� untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.
�Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula,� ujar Lateefa.
Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.
Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.
Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.
Ianya juga sekaligus menguntungkan Pakatan dengan memberikan kredit yang besar kepada imej bersih calon PAS di Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man yang dilihat calon terbaik untuk rakyat.
Semalam, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini dijangka menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan permintaan PKR supaya Radzhi, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.
Kedah mempunyai lima Adun dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.
PAS mempunyai 16 Adun dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 Adun, manakala DAP hanya mempunyai seorang Adun.
Dengan keputusan Radzhi, komposisi Adun dalam Dun Kedah adalah 21 Pakatan Rakyat, 14 BN dan satu bebas.
dipetik dari fotopages si jinggo
Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Penasihat Undang2 MAGARAN, Sdr Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah berkunjung ke Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut dengan tujuan untuk menyerahkan borang keahlian PAS.
Malang nya penyerahan borang tersebut tidak diterima pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan setelah mendapat arahan dari Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapa Ali. Tiada sebab diberikan.
Tindakan Sdr Azam memohon menjadi ahli PAS ialah untuk merebut peluang masuk syurga kerana beliau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Mursyidul Am PAS bahawa hanya PAS membawa ajaran Islam yang betul bukan seperti Islam plastik, Islam palsu yang dibawa UMNO. Oleh itu hanya melalui PAS saja seseorang itu boleh masuk syurga.
Kerana ingin kan syurga yang pasti melalui PAS, Sdr Azam sanggup mengenepikan prinsip beliau mengenai ISA dan sanggup menyokong GMI jika sekiranya itu lah yang diperjuangkan oleh PAS.
Oleh kerana kecewa dihina dengan penolakan mentah2 permohonan beliau, Sdr Azam telah membuat aduan di pejabat SUHAKAM pada jam 3 ptg. Dalam aduan tersebut beliau meminta SUHAKAM menyiasat pelanggaran hak asasi beliau untuk berpersatuan (memilih parti PAS) oleh Setiausaha Agung PAS. Beliau sangat2 berminat untuk merebut peluang mendapatkan tiket ke syurga.
Banyak pihak menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan adalah berdosa bagi seorang Islam untuk melabelkan orang Islam yang lain sebagai kafir.
“Kalau kita tuduh seorang yang Islam itu kafir, yang menuduh itulah yang jadi kafir."
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Isnin lepas yang mendakwa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa anggota dan penyokong parti itu ke syurga.
Mahathir bertindak seolah-olah sebagai seorang guru ugama (ustadz) nak menyatakan dosa dan pahala sedangkan beliau terlupa bahawa banyak kenyataan-kenyataannya sendiri yang lebih berdosa kerana menghina dan mencabar hukum Allah.
Sebagai contoh kita perturunkan di sini:
Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim: Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -
Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992, “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994, “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994, “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92, ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.
MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO. Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997, Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
Selanjutnya Dr Mahathir berkata, orang Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengaitkan bangsa mereka dengan agama yang dianuti iaitu Islam.
“Seluruh dunia, saya ingat iktiraf orang Melayu sebagai orang Islam.
”Inilah satu bangsa yang dikaitkan bangsanya dengan agama. Seorang itu tidak Melayu kalau dia tidak Islam,” katanya.
Tetapi Mahathir terlupa bahawa tidak ada jaminan bahawa Melayu itu Islam sekalipun Perlembagaan menetapkan begitu. Berapa banyak sudah orang Melayu Islam yang telah murtad dari ugamanya yang mana ianya disahkan sendiri oleh mahkamah yang kerajaan UMNO BN sendiri dukung selama ini?
Malah Mufti Besar kerajaan BN Negeri Perak, Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria mendedahkan, terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. Bilangan tersebut termasuk kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.
Malah kita pernah digegarkan dengan kes murtad Noraishah Bukhari dan Hartina Kamaruddin. Apakah selepas mereka tinggalkan Islam maka mereka bukan Melayu?
Menyentuh mengenai hujjah Mahathir menyatakan berdosa melabelkan orang lain sebagai kafir kita ingin menjelaskan bahawa adalah benar mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah adalah berdosa dan kembali kekafiran itu kepada penuuduh, tetapi tidak mengkafirkan orang yang kafir juga boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir. (Syaikh Sa'id Hawwa, Perkara-perkara Yang Membatalkan Syahadah).
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu".
Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya.
Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan kepada sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan 'rule of law' dan perjalanan demokrasi".
"Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.
"Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku.
"Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" kata Menteri Besar Kelantan itu.
Menurut beliau, "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu".
Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, kata Tuan Guru, begitu jugalah dengan Islam palsu.
"Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik.
"Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.
"Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak?
"Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu�, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?
"Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah," beliau menjelaskan.
Beliau percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.
Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan baru agar Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar melalui sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan �rule of law� dan perjalanan demokrasi".
Tuan Guru mengajak semua pihak mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh Pakatan rakyat (PR) dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno Barisan Nasional (BN) jika berlaku lagi pilihan raya kecil.
"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya.
"Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.
"Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah.
"Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut," kata beliau.
Beliau menyeru semua pihak menggunakan kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat.
"Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?
"Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," katanya.
Tuan Guru sebelum disalah lapor oleh sebuah agensi berita yang mendakwa beliau berkata, anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Bagaimanapun, setelah di desak, media pro-BN menyiarkan transkripsi kenyataannya dan terbukti kenyataan beliau tidak dilaporkan dengan betul.
Dalam transkripsi kenyataannya, beliau berkata:
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.
"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." _
Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka.
Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".
Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.
Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan.
Oleh : Muhamad Al Hafiz
Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;
فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."
Dan dalam ayat 60 surah an-Najm;
وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ
Maksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"
Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.
Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat Al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.
Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitkom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti "Rajalawak" atau "Lawaking" yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.
Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iaitu menyembah Allah, Tuhan segala manusia.
Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa;
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."
Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.
* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.
Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka. Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan.
Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti "Rajalawak", ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya. Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.
Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.
Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya.
Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah. Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit.
Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti "Jomheboh" dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.
Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."
Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.
Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.
Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT
Surat misteri ini dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.
Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.
Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR tunggu respon AG
SEBERANG PRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti implikasi perundangan sama ada perlu mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah kosong, sekali gus memanggil pilihan raya kecil.
Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
“Kami sedang mengkaji perkara ini. Penasihat undang-undang SPR dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti dari aspek perundangan.
“Kita tunggu dulu maklum balas, tunggu dulu,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kata beliau, SPR tidak menetapkan masa khusus bagi Jabatan Peguam Negara untuk memberikan maklum balas.
“Kita tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Kami mahu betul-betul berpuas hati kerana ini melibatkan aspek perundangan,” katanya lagi.
Wan Omar memberitahu, SPR yang berhak untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.
“Saya dimaklumkan surat Speaker sudah ada di pejabat (Putrajaya). SPR yang akan mengisytiharkan sama ada wujud kekosongan atau tidak.
“Kami akan mengadakan mesyuarat (khas) sebaik sahaja maklum balas diterima daripada penasihat undang-undang dan Peguam Negara,” katanya lagi.
Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika wujud kekosongan.
Wan Ahmad mengulas laporan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.
Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.
Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.
Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.
Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.
Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.
Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.
Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.
Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.
Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.
Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.
Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.
Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.
Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.
Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.
Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.
Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.
Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.
Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.
Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.
Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.
Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.
Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?
Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.
Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?
Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!
Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.
Media arus perdana kendalian Umno-BN dicabar mengemukakan klip penuh ucapan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub berkata, Nik Aziz akan mengemukakan saman terhadap media yang gagal mengemukakan bukti berkenaan.
“Kami mencabar media-media khususnya pro Umno supaya mendedahkan sepenuhnya klip video yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga. Lain lah jika pihak terbabit dan pemimpin BN mahu jadikan Umno sebagai ikon kebencian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan Umno mengangkat Rohaizat Othman sebagai hero amat mendukacitakan, meskipun calon itu didapati pecah amanah wang milik Koperasi Pekebun Kecil Getah.
Katanya lagi, Rohaizat sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan kepada umum menafikan penglibatan beliau dalam isu berkenaan.
“Masalah beliau bayar semula setalah diajukan dengan desakan yang serius. Dia tidak pernah membuat satu kenyataan yang dia tidak pernah terlibat dalam isu ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggelarkan calon Umno sebagai ‘padi basah’ kerana tindakan pimpinan parti berkenaan ibarat menggunakan pendekatan tangkap muat memilih calon. -TVA
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya. -harakahdaily
Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.
Ketika dihubungi hari ini, Alimudin berkata beliau membuat keputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekas timbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.
Blog tersebut menyatakan Alimudin yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno dan mengumumkan menyertai PKR.
"Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.
Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.
Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".
"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.
Menurutnya, beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh pada pagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menteri mewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum.
"Sudah dua kali - tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahli berucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa yang mereka tidak puas hati.
"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.
Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian.
"Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya. -malaysiakini
Hari pertama kempen Pilihanraya Permatang Pasir, rakyat telah dapat menyaksikan kekasaran dan kezaliman Polis Malaysia terhadap rakyat negara ini.
Apatah lagi ianya berlaku ke atas seorang ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan dimana pada hari ini, 1Malaysia menyaksikan perbuatan kejam Polis Malaysia yang tidak ada nilai kemanusiaan.
Apa jenayah yang Gobala lakukan? Besar sangatkah kesalahannya sehinga dia perlu di kasari sedemikian rupa sehingga perlu digari yang menyebabkan tangannya patah?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di dalam kenyataannya yang membela polis mungkin tidak menyaksikan kejadian itu tetapi hanya memperolehi maklumat dari pihak polis yang sepastinya telah diberikan gambaran kononnya Gobala itu bersalah.
Saksikan sendiri video di bawah ini untuk melihat sendiri provokasi dan kekasaran Polis Malaysia terhadap seorang anggota parlimen Malaysia serta pendustaan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob.
Dalam usaha menegakkan agama dan mendaulatkan Syari’at Allah serta hukum-hakamNya di atas muka-bumi ini, umat Islam diperintahkan supaya berdakwah dan berjihad menggunakan segala tenaga dan kemampuan yang ada pada mereka. Tanggungjawab berdakwah dan berjihad ini tidak diperintahkan supaya dilaksanakan secara individu atau perseorangan sahaja, tetapi juga dengan jamaah. Ini dapat difahami dari firman Allah;وَلْتــَكُن مِنكُمْ أمـَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيـَأْمُرُوْنَ بــِالْمَعْرُوْفِ وَ يَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ (آل عمران : 104)
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) menyeru kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)”.Menurut Tafsir Al-Jalalain, kalimah al-Khair (الخير) yang tersebut dalam ayat ini maksudnya ialah “Islam” (الإسلام). Di dalam hadis pula, Rasulullah menerangkan maksud al-Khair yang tersebut dalam ayat ini ialah ; “Menurut al-Quran dan sunnahku”.(Tafsir Al-Alusi). Dari ayat ini dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan kita supaya mengajak manusia kepada Islam, menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada perkara maksiat dan munkar. Dan dalam melaksanakan tugas dakwah ini diperintahkan supaya dilakukan secara berjamaah atau berkelompok.
Termasuk berdakwah kepada Islam ialah mengajak manusia untuk menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam kerana tanpa kerajaan atau pemerintahan Islam, mustahil ajaran Islam itu dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang dituntut oleh Allah. Ini telahpun dijelaskan dengan panjang lebar dalam huraian-huraian yang telah lalu.
Menegakkan sebuah kerajaan atau pemerintahan yang melaksanakan sepenuhnya hukum-hakam dan undang-undang Islam merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu sekelian umat Islam. Sepertimana kewajipan-kewajipan yang lain, mereka mesti memikirkan bagaimana untuk melaksanakannya. Kewajipan ini bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan secara individu atau perseorangan. Ia hanya mampu dilakukan secara berjamaah sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam usaha menubuhkan Kerajaan Islam Madinah dan mempertahankannya daripada dihancurkan oleh musuh.
Perjuangan secara berjamaah sahaja yang mampu untuk memikul tugas dan tanggungjawab besar menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam. Dengan cara ini sahaja cita-cita menegakkan kerajaan Islam akan berjaya. Atas sebab inilah, para ulama’ harakah hari ini telah menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa menubuhkan kumpulan, parti atau jamaah Islam pada zaman ini dikira suatu kewajipan semasa berdasarkan kaedah Syara’ yang disepakati oleh para ulama’ iaitu:
مَاْ لَاْ يَتـِمُّ الْوَاْجِبُ إِلَّاْ بــِهِ فَهُوَ وَاْجــِبٌ
“Apa-apa urusan yang tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka ia juga turut menjadi wajib”.
Menegakkan kerajaan Islam adalah wajib. Oleh kerana kewajipan ini tidak akan boleh dicapai tanpa ada jamaah atau parti yang memperjuangkannya, maka menubuhkan parti atau jamaah itu adalah wajib. Kewajipan ini sama seperti kewajipan-kewajipan yang lain yang tidak ada nas yang nyata daripada al-Quran atau as-sunnah tetapi dianggap wajib oleh Syara’ kerana ia membantu melaksana kewajipan-kewajipan yang disebut secara nyata oleh al-Quran dan as-sunnah. Ia sama seperti kewajipan berjalan ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat jumaat, kewajipan membukukan al-Quran untuk menunaikan kewajipan menjaga al-Quran, kewajipan belajar dan berlatih menggunakan senjata untuk melaksanakan kewajipan berjihad dan sebagainya.
Apatahlagi dalam suasana hari ini, dengan kemunculan pelbagai parti sekular yang memperjuangkan ideologi politik sekular (sama ada yang bersifat Nasionalis, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan sebagainya) dan berusaha menegakkan kerajaan sekular, maka amat malanglah bagi masa depan Islam jika umat Islam yang diberi kemuliaan oleh Allah untuk menjadi penganut Islam tiba-tiba tidak berkesedaran untuk menubuhkan parti Islam, yang memperjuangkan fahaman politik Islam dan berusaha menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam.
Tindakan para ulama’ di serata dunia pada zaman mutakhir ini seperti Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (di Tanah Arab), Sayyid Abul-Ala Al-Maududi (di Benua India), Syeikh Badi’uzzaman Said Nursi (di Turki) dan para alim-ulama’ di Malaysia ini untuk menubuhkan jamaah atau parti yang memperjuangkan Islam untuk menghadapi pelbagai parti yang memperjuangkan fahaman-fahaman manusia (seperti Sekularis, Nasionalis/Kebangsaan, Sosialis, Kapitalis dan sebagainya) hendaklah dilihat serupa dengan tindakan yang diambil oleh para ulama’ dan fuqaha’ terdahulu (antaranya Imam Asy’ari, Imam Maturidi, Imam Ahmad bin Hanbal dan sebagainya) yang mengasaskan kelompok Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk menghadapi golongan Muktazilah, Murjiah, Syiah dan Khawarij yang merupakan firqah-firqah (yakni kelompok) kesesatan pada zaman itu. Kalau tindakan ini dianggap wajib pada zaman dahulu, maka tidak ada sebab kewajipan itu tidak boleh berulang kerana pada zaman ini umat Islam juga berhadapan dengan kelompok-kelompok yang sesat yang menyimpang dari ajaran Islam iaitu kelompok-kelompok yang menganut fahaman sekular yang memisahkan agama daripada negara.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan umat Islam dituntut oleh Syara’ agar menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam iaitu;
a) Untuk mendaulatkan agama Allah[1].
Sesungguhnya setiap orang Islam dipertanggungjawabkan untuk bekerja / beramal bagi menegakkan kalimah Allah (iaitu agamaNya) supaya menjadi tinggi kepada tahap yang setingginya.
وَ جَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا السُّفْلَى وَ كَلِمَةَ اللهِ هِيَ الْعُلْيَاْ (التوبة : 40)
“Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah (agamaNya) yang tinggi…”
Sabda Rasulullah s.a.w. ;
مَنْ قَاتـَلَ لِتــَكُوْنَ كَلِمَةُ اللهِ هِيَ الْعُلْيَاْ فَهُوَ فِيْ سَبــِيْلِ اللهِ
“Barangsiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah yang tertinggi sekali maka ianya berjuang di jalan Allah”.
Kalimah Allah tidak akan tertegak ke tahap yang paling mulia pada setiap negeri, negara, kawasan atau rantau yang didiami oleh orang-orang Islam melainkan sekiranya orang-orang Islam di situ memerintahnya dengan pemerintahan Islam. Selagi mana kawasan atau muka-bumi umat Islam masih diperintah dengan sistem yang lain daripada Islam maka sekali-kali kalimah Allah tidak akan menjadi kalimah yang paling tinggi bahkan hal ini merupakan satu pemujaan dan pengagungan kepada kalimah-kalimah kufur dan sistemnya.
Selagi mana orang-orang Muslimin tidak merupakan orang-orang yang memerintah dengan sistem Islam maka selagi itulah ketinggian / keizzahan itu tidak akan menjadi milik ahli iman dan Islam. Ini adalah bertentangan sama sekali dengan kedudukan sebenar yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T. ;
وَلــِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُوْلِهِ وَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَ لَكِنَّ الْمُنَاْفِقِيْنَ لَاْ يَعْلَمُوْنَ
“Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafiq itu tiada mengetahui” (al-Munafiqun ; 8)
Dengan demikian, sekaligus dapat kita fahami bahawa ketika mana Islam tidak menjadi agama bagi negara (yakni pemerintahan dalam negara tidak mengikut Islam) dan ketua negara (raja atau perdana menteri) bukan seorang muslim, maka keadaan ini adalah bertentangan sama sekali dengan seluruh prinsip Islam. Bagi orang-orang Islam, mustahil keadaan ini boleh dibiarkan berterusan bahkan menjadi kewajipan ke atas mereka untuk bangkit dengan segala kekuatan yang ada pada mereka untuk menentang sistem-sistem (yang tidak Islam) ini sehingga ianya tumbang.
b) Untuk melaksanakan ajaran dan hukum-hakam Islam dengan sempurna di dalam negara.
Kerajaan Islam wajib ditegakkan untuk memastikan ajaran Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna di atas muka-bumi ini. Terdapat banyak hukum-hakam Islam yang akan terabai jika umat Islam tidak mempunyai kerajaan yang mendaulatkan undang-undang Islam dalam segenap aspek kehidupan mereka.
Allah S.W.T. telah mewajibkan umat Islam melaksanakan hukum hudud bagi beberapa kesalahan jenayah yang telah disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah iaitu kesalahan membunuh, mencuri, merompak, meminum arak, berzina, menuduh orang berzina tanpa empat saksi dan kesalahan murtad. Penetapan hukum-hakam jenayah ini dapat dilihat dengan jelas di dalam al-Quran (iaitu ayat 178 surah al-Baqarah, ayat 92 surah an-Nisa’, ayat 32 surah al-Maidah, ayat 2 dan 4 surah an-Nur), dalam hadis Nabi dan menjadi suatu yang disepakati oleh para ulama’.
Kita semua maklum bahawa tugas melaksanakan undang-undang ke atas kesalahan jenayah bukanlah menjadi hak individu tetapi ia merupakan tanggungjawab kerajaan. Oleh itu, untuk memastikan perintah Allah supaya melaksanakan hukum-hakam hudud di atas dapat dilaksanakan dan kita akan terlepas dari dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kerana mengabaikannya maka wajib ke atas kita selaku umat Islam untuk menegakkan kerajaan Islam yang akan melaksanakan hukum-hakam tersebut.
Allah S.W.T. juga mewajibkan umat Islam menjalankan syura (permesyuaratan) dalam urusan mereka (lihat ayat 38 surah asy-Syura dan ayat 159 surah al-Imran), menjalankan kehakiman yang adil dan berdasarkan hukum / undang-undang yang diturunkan Allah (lihat ayat 58 surah an-Nisa’ dan ayat 44 surah al-Maidah), menjalankan ekonomi yang adil, bebas dari riba, pembaziran, perkara-perkara yang memudaratkan manusia (lihat ayat ayat 84-85 surah Hud, ayat 188 surah al-Baqarah, ayat 278-279 surah al-Baqarah, ayat 1-3 surah al-Muthaffifin, ayat 67 surah al-Furqan, ayat 7 surah al-Hasyr), menyeru kepada makruf (kebaikan) dan mencegah daripada kemungkaran (lihat ayat 104 surah al-Imran), membuat persediaan sepatutnya untuk jihad (lihat ayat 60 surah al-Anfal), membasmi perkara-perkara yang diharamkan Syara’ seperti arak dan judi (ayat 90 surah al-Maidah), pelacuran (ayat 33 surah an-Nur), pendedahan aurat (ayat 31 surah an-Nur) dan kewajipan-kewajipan yang lainnya.
Kewajipan-kewajipan di atas memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar mendaulatkan Islam untuk melaksana dan mengkuatkuasakannya di dalam negara. Mengharapkan individu semata-mata adalah mustahil kerana kuasa dan kemampuan individu adalah kecil dan terhad. Begitu juga, mengharapkan kerajaan sekular untuk melaksanakannya adalah sia-sia kerana sememangnya kerajaan sekular tidak bercita-cita melaksanakan ajaran agama kecuali dalam hal-hal berkaitan ibadah dan kerohanian sahaja.
Kerana ketiadaan kerajaan Islamlah kita melihat hari ini hampir keseluruhan perkara yang dituntut oleh Allah di atas tidak ditegakkan. Dalam negara kita hari ini manusia yang melakukan jenayah tidak dihukum berdasarkan hukum Allah, orang-orang murtad dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya, keputusan-keputusan dibuat oleh kerajaan atau kuasa-kuasa dalam kerajaan (parlimen, kabinet, kehakiman) tanpa merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, ekonomi riba dan corak perniagaan kapitalis berleluasa dalam negara, perkara-perkara munkar yang bercanggah dengan ajaran Islam (seperti riba, judi, arak, pelacuran, pendedahan aurat dan sebagainya) berlaku dengan bebas tanpa ada usaha-usaha pembasmian oleh kerajaan, pesta-pesta atau konsert-konsert dari artis-artis yang memaparkan budaya-budaya kotor yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam (seperti pemujaan kepada wanita, pendedahan aurat, perlakuan yang tidak senonoh, ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan wanita) dan sebagainya) masih lagi diberi permit oleh kerajaan dan adakalanya kerajaan sendiri yang bertindak menganjurkannya. Sebenarnya banyak lagi pelanggaran-pelanggaran Syara’ yang berlaku di dalam negara kita hari ini lantaran daripada tidak adanya kerajaan Islam yang bertanggungjawab melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya dalam negara.
Berlakunya fenomena-fenomena di atas menunjukkan dengan jelas, terang dan nyata bahawa negara kita hari ini bukanlah sebuah negara Islam dan kerajaan kita yang ada hari ini bukanlah sebuah kerajaan Islam. Ini kerana negara dan kerajaan Islam yang sebenar ialah yang berusaha untuk menegakkan segala perintah Allah sama ada membabitkan kerajaan atau rakyat dan tidak akan membiarkan satupun undang-undang Islam diabaikan apatahlagi dicemari kerana kelak ia akan dipersoalkan dihadapan Allah Taala di akhirat nanti.
Dalam satu kaedah feqah yang disepakati oleh ulama’ Islam ada dinyatakan;
مَاْ لَاْ يَتـِمُّ الْوَاْجِبُ إِلَّاْ بــِهِ فَهُوَ وَاْجــِبٌ
“Apa-apa urusan yang tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka ia juga turut menjadi wajib”.
Kaedah ini menunjukkan kepada kita bahawa; oleh kerana terdapat banyak kewajipan-kewajipan syara’ yang tidak dapat ditegakkan apabila tidak adanya kerajaan atau pemerintahan Islam sedangkan kewajipan-kewajipan ini diwajibkan Allah ke atas umat Islam melaksanakannya, maka dengan sendirinya kerajaan atau pemerintahan Islam menjadi suatu keperluan kepada umat Islam dan mereka wajib berusaha untuk mendapatkannya demi memastikan kewajipan menegakkan Islam dengan sempurna dapat dilaksanakan oleh mereka.
Dalam hal mencegah manusia daripada mungkar, tidak semua manusia akan tunduk kepada hukum-hakam dan penetapan Syara’ semata-mata dengan nasihat dan tunjuk-ajar atau ancaman (siksaan) dan galakan (pahala) dari al-Quran dan Sunnah. Dalam hal ini, perlunya kuasa kerajaan atau pemerintahan yang mempunyai autoriti ke atas mereka untuk memaksa mereka agar mematuhi undang-undang dan hukum-hakam Syara’.
Inilah kenyataan yang dapat difahami dari satu Hadis[2];
إِنَّ اللهَ لَيَزَعُ بــِالسُّلْطَاْنِ مَاْ لَاْ يَزَعُ بــِالْقُرْآنِ
“Sesungguhnya Allah menghapus dengan kekuasaan apa yang tidak dihapusNya dengan al-Quran”.
[1] Min ajli khutuwwah ilal amam, Syeikh Said Hawa, m.s 18, cet. Muassasah al-Khalij al-‘Arabi (1988).
[2] Tafsir al-Quranul ‘Azim, Ibnu Katsir, jil. 3, m.s 66, cet. Darul-Khair Beirut (1991).
Ketika Islam memerintahkan umatnya mentaati pemimpin, pada masa yang sama Allah mewajibkan pemimpin melaksanakan hukumNya pemerintahan mereka. Allah memerintahkan orang-orang beriman supaya kembali kepada Allah dan Rasul sekiranya berlaku sebarang perselisihan tentang sesuatu perkara. Firman Allah;
فَإِنْ تَنَاْزَعْتــُمْ فِيْ شَيْءٍ فَرُدُّوْهُ إِلَى اللهِ وَ الرَّسُوْلِ (النساء : 59)
“…Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya)”.
Orang-orang yang menolak untuk berhukum dengan hukum Allah diistilahkan oleh al-Quran sebagai kafir, dzalim dan fasiq. Ketiga-tiga golongan ini termasuk mereka yang dimurkai Allah. Bahkan orang-orang beriman dilarang cenderung kepada orang-orang yang dzalim sebagaimana firman Allah;
وَ لا تـَرْكَنُوْا إِلَى الذِيْنَ ظَلَمُوْا فَتــَمَسَّكُمُ النَّارُ (هود : 113)
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu…”
Al-Quran memerintahkan umat Islam supaya mengkufuri dan menentang Thaghut dan hanya beriman kepada Allah semata-mata. Inilah tanda berpegang-teguhnya mereka kepada ikatan agama.
وَ مَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوْتِ وَ يُؤْمِنْ بِاللهِ فَقَدِ اسْتــَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثــْقَى …(البقرة : 256)
“Dan sesiapa yang mengkufurkan (tidak percaya) Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan simpulan (tali agama) yang teguh…”.
Syeikh Muhammad bin Abdul-Wahab menyatakan bahawa; “Kepala atau ketua Thaghut itu ada lima iaitu;
Syaitan yang menyeru kepada pengabdian kepada selain Allah.
Hakim yang zalim yang mengubah hukum-hakam Allah.
Orang-orang (termasuklah pemerintah) yang berhukum dengan hukum yang lain dari yang diturunkan Allah.
Orang-orang yang mendakwa ia mempunyai ilmu ghaib selain Allah.
Orang yang disembah selain Allah yang ia redha dijadikan sembahan”[1].
Imam Ibnu Katsir ketika mentafsirkan ayat ke 50 , surah al-Maidah yang berbunyi;
أ فحكم الجاهلية يبغون و من أحسن من الله حكما لقوم يوقنون (المائدة:50)
“Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal -kepada orang-orang yang penuh keyakinan- tidak ada sesiapa yang boleh berbuat hukum yang lebih baik daripada Allah”.
Beliau menyatakan; “Sesiapa yang melakukan demikian (yakni menolak hukum Allah dan mengambil hukum-hakam yang lain sebagai gantinya seperti yang dilakukan oleh Tatar melalui raja mereka benama Genhiz Khan), maka dia adalah kafir dan wajib diperangi hinggalah ia kembali kepada hukum Allah dan RasulNya sama ada dalam masalah kecil atau besar”[2].
[1] Asy-syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Majmu’atu At-Tauhid.
[2] Ibnu Kathir, tafsir Al-Quran Al-‘Azim.
![](http://2.bp.blogspot.com/_1DrTP4yaKGo/ShrQZebMVTI/AAAAAAAABTg/MUH7bKDYZWU/S242/Tok+Guru.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2E5JRUZVsX5ZxWRX8A8WuOWoZjIZvFh-XhpKt4zUq29_M4lPG7mApAzDcEHnAi11qMzbqIg2blgOx8s1zOw1mk46z8Og8m6l1pS_mqzpJ8fvaAjqmjuwOBjTqkfrRpfzLUXQsOKFpOI/s320/pas-islam-untuk-semua.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMhNA0sgtM-SBCul9CuO7OVrzRD-iu2oPOsK3ByEmggCLK666UWAOKzp1rFAEBaRe4NosbGb0HRt_Nxdnw0pg47dvUJdtJpvrBvSmZy0aq6hfPpGwfWmVmjfhPk8BR0paJn3H6xT3HCIw/s400/gemilangnya+Islam+di+bawah+kepimpinan+ulama%27.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOAo4o_wgNMFS67OEZjI8nM8q0RLc9TTZaHlOZTyzYFqE3XBwxNa-51wHNLdKvV0ovkSVo3XxUPY7FkUtrFRdSFV6xdlJk7GZLryE7M0JccKfctbJI8M__xKsQCRIAL_FH121D7yz0T1c/s400/mansuh-auku.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyG1aqk8kZ620vtL-xcemJcRoYzsmJb33pqKMdMmqe5AfajaqpSH-jZuBHDDB1ag07bSEyXTjzmdPWDVUWhiOQBd5si_XSRiP7s_0m0-3xW7PyImNjxDGxTlJVN6evhtJmy4XE-8JkP8Q/s254/isa2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgakFQeKvodJDBk2agRd6CuATYu1nN4f52nmuBs2nIzjHpCM5AuvsmY3njYe18Y3Qjdk40gyi1IgMrVLt67p8qrE3LIibwn47OSWLHFON4truxldk5oM6slDlF7EhqHH2xICQgsqVczJkHx/s400/2150_20090515120413_1.jpg)
![](http://th07.deviantart.net/fs41/300W/i/2009/013/5/1/Free_Gaza_Save_Palestine_by_gla55h3ART.jpg)
sebarang maklum balas sila email ke:
kamalfarhanmohdradzi@gmail.com
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(175)
-
▼
August
(103)
- dgr apa keputusan spr hari nie.
- hadiah utk hari merdeka 1 malaysia
- demo mendesak perletakan jawatan katak bebas.
- Suram hati Piem Satu Malaysia dapat dirasai.
- Polis Pun Lembu, Tunggu Arahan Najib Baru Bertindak
- arak ibu segala maksiat
- Tiada Manusia Layak Mengampunkan Kartika
- sebat bukan sebarang sebat
- Pilihan raya kecil Kota Seputeh… SPR umum minggu d...
- Gempar! Bapa Rafizah pula hilang!
- Tindakan Radzhi untungkan Pakatan
- khairul azam nak masuk pas.
- kempen bn
- Ustadz Mahathir Kata Berdosa Labelkan Orang Lain K...
- Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik ...
- UMNO/BN Edar Wang Palsu Ke Rumah Penduduk Kampung..!
- Kurangkan ketawa
- kegiatan salah laku,rasuah dan penyelewengan pegaw...
- Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR tunggu re...
- Bekas rakan calon BN tampil bela diri
- Dedahkan Klip Ahli UMNO Tak Masuk Syurga, Media UM...
- Nik Aziz Akan Saman Akhbar Putar Belit Kenyataannya
- datuk Alimudin Syawal menyertai PKR
- Video Gobala DiKasari Polis Di permatang Pasir
- Menubuh Parti Untuk Berjuang Bagi Menegakkan Keraj...
- Kenapakah Kerajaan Atau Pemerintahan Islam Wajib D...
- Pemimpin Yang Menolak Hukum Allah; Wajib Ditentang
- Bala Allah - Antara persoalan dan punca berlaku
- Berani tegur pemimpin mereka , Khairy kena nasihat...
- 7 sunah nabi yg utama
- Rohaizat calon BN yg bermasalah.
- Surat Terbuka kepada Pengerusi SPR
- Akhil – Waheeda selamat diijabkabulHULU SELANGOR: ...
- kenapa Tok guru nik aziz dan anwar?
- ayuh Anak muda berjihad
- KJ hilang ingatan
- PRK Permatang Pasir : DAP dan PKR Lancar Jentera B...
- jaga adab kempen di bulan puasa
- Jangan ulangi pilihan raya tempat buli rakyat - Pr...
- TGNA: Memang Saya Silap...
- :: CaRa MeLaKukAN SujUd SyUKuR ::
- AISYAH Binti ABU BAKAR r.a
- undi lah PAS
- pemimpin umno berjiwa rakyat
- Dari Johor kita balik ke Seksyen 6, Shah Alam... t...
- perhimpunan "anwar pengkhianat" meriah diluar jang...
- Toilet Berbentuk Perempuan Berjilbab di Israel
- Berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah!!!
- Menangislah pd tempatnya
- Tanda tanda kematian
- jgn biar kan syaitan musnah kan tujuan kita
- kepada umno!!
- Bagaimana mereka melacurkan Islam untuk kepentinga...
- KJ pengecut
- UMNO Pengkhianat Agama
- umno pengkhianat
- arak dan umno
- nik aziz-org islam yg tolak islam lagi teruk mengh...
- biodata tok guru kita.
- "Rakyat mahu bertindak ganas kalau mereka mahu, ta...
- apa benda la depa nie?
- Amaran Rasulullah Kepada FRU?
- Najib semakin ghairah menyerlahkan KEHINDUANNYA?
- Jenaka Khairy Jamaludin
- Sinar Kemenangan di Permatang Pasir
- 'Terima kasih atas kekasaran polis'
- ISA: Premis perniagaan ditutup atas arahan polis?
- menepati janji
- contoh teladan menteri pelajaran
- nikmat menjadi wanita.
- Seronoknya berpoligami. Benarkah ?
- Pearl Plus Umno Pernah Pecat Mufti Selangor Kerana...
- 1 ogos.
- fakta umno perak
- Noordin masih hidup!
- celah gigi jer din oii kalau kami nak balas.
- zambri mmg pengecut
- Satu ketika dahulu UMNO heboh mengenai replika Dat...
- Allah maha adil NAJIB
- sebar kan kepada saudara seislam kita.
- isa dan altantuya
- jom tgk orang bodoh bercakap!!
- Ibrahim Libya, pejuang anti ISA yang sejati!
- himpunan sengaja di hura-hara kan utk buruk kan im...
- ISA hina martabat manusia-tok guru NIK AZIZ
- ISA hina martabat manusia-tok guru NIK AZIZ
- wajah2 PRO-ISA
- video protest ISA oleh AL_JAZEERA dan BBC
- kenangan buat anak cucu
- bantuan diperlukan segera..
- gambar sekitar sogo-1OGOS2009
- perjuangan rakyat akhir nya akan menang-ZAID
- satu dunia kutuk kekejaman polis malaysia.
- himpunan berjaya walau polis naik histeria.
- tindakan polis terlampau dan kejam
- pejuangan rakyat itu benar.
- 80% tidak setuju demonstrasi gugat ketentraman awam.
- kemarahan rakyat akan dibawa ke pasir panjang
- mustahil umno dpt sekat kuasa rakyat
- kezaliman polis membuka mata rakyat.
-
▼
August
(103)
undilah PAS
![](http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/07/postertokguru.jpg)
![](http://cikgunurionline.files.wordpress.com/2009/04/undilah-pas.jpg)
![](http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/01/poster_calon.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-dOq7UkhXABvrhBGzrhLG6JM7OaCDu9TfWpoS3orPBgroa_p79UDH2gg8TUMgCr-8fIFgUGf2jWZrXDuBtnBNWBzgLryUawRbBg1TdpaCdMPzznPGR8DHYZerbIT-1f0p5eEN8o2xOgA/s400/sadsgfd.jpg)
![](http://dappg.org/wp-content/uploads/2009/08/postercalon.jpg)