Umno tidak dilihat perjuangkan Islam

Umno gagal membentuk persepsi di kalangan rakyat mengenai apakah yang sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut, kata wakil Pemuda Umno, Ustaz Syahrin Jamaluddin.

Beliau yang juga pengerusi Forum Perdana Islam di RTM berkata, maklum balas tersebut diperolehi melalui forum berkenaan.

Berucap membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Syahrin berkata, maklum balas menunjukkan Umno tidak dilihat memperjuangkan Islam.

"Kita tewas untuk membentuk persepsi di kalangan akar umbi mengenai apa yang kita perjuangkan.

"Sebagai contoh, pelajar Malaysia di Jordan, Mesir dan di Universiti Islam Malaysia (UIA) - walaupun belajar agama - tetapi dikatakan sia-sia kerana masuk Umno.

"Persepsi ini amat bahaya kepada Umno," katanya sambi menambah bahawa orang agama yang menyertai Umno dipandang sepi dan diperlekehkan.

"Sedangkan (bagi) pembangkang, tak payah belajar, yang belajar sains pertanian pun dipanggil ustaz.

0 comments: