Krisis Perak: Dari pening menjadi migrain |
Ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin |
Jumaat, 27 Mac 2009 04:53 |
Dalam artikel yang lalu (rujuk kolum 'Terbaik Dari Harakah'), saya telah mengulas bagaimana Umno begitu pening dimainkan oleh speaker Perak, V. Sivakumar. Meskipun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengganggu tugas V. Sivakumar namun sehingga kini Umno masih belum berjaya. Satu persatu rancangan Umno digagalkan oleh V. Sivakumar. Kalau Umno masih belum hilang pening dimainkan oleh Sivakumar kini pening Umno bertukar kepada migrain. Kenapa? Kerana hasrat Umno untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bagi pihaknya bukan sahaja ditolak oleh Mahkamah, tetapi kelima-lima Hakim sebulat suara menyatakan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar lwn Zambry terus ke Mahkamah Persekutuan adalah melanggar undang-undang. Untuk manfaat para pembaca saya akan cuba menerangkan serba ringkas apa yang berlaku di atas kes Mahkamah antara Nizar dan Zambry. Seperti mana kita tahu Nizar telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. usul tidak percaya Perintah tersebut dipohon kerana berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah. Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir. Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak. Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan 'short cut' untuk menyelesaikan kes ini dengan segera. Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut. Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman. Peguam Negara tidak betul Peguam Nizar berhujah bahawa hujah Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri. Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim tidak ikut hujah yang kuat dan jelas sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah. Peguam Nizar yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujah kuat dan jelas peguam Nizar tetapi lebih selesa mengikut hujah Peguam Negara yang lemah dan kabur tersebut. Maka pada hari Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar. Sementara itu rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Pada hari Isnin itu para peguam Nizar telah pergi ke Mahkamah Persekutuan dengan perasaan berdebar-debar. Jika Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah kami, maka kami melihat perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu. Kami juga dapat rasakan betapa pasukan peguam Umno dan Peguam Negara sendiri bersungguh mahu kes Nizar lwn Zambry diputuskan hari itu. Sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepada mereka maka Nizar tidak boleh lagi merayu ke Mahkamah yang lain kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini. Zambry sendiri buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu. Peguam Nizar yang diketuai oleh Haji Sulaiman dengan tenang dan bergaya berhujah. Hujahnya amat jelas dan terang. Peguam Negara dan peguam Umno kelihatan sukar dan berbelit-belit ingin menjawab hujah peguam Nizar. Setelah mendengar hujah, mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut: "Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi." Peguam Umno nampak terkejut. Zambry dah keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik. Itulah sebabnya saya kata Umno kini telah bertukar dari pening kepada migrain. Untuk Umno saya ingin nyatakan ada ubatnya. Bubarkan saja Dun. Insya Allah baik pening dan migrain kamu! |
7 comments:
bukan nak bagi tahu pasal tak ambil duit cuma nak bagi pengajaran kepada anak muda yang beringus ni agar jangan terlalu celupar mlut,,, kenape tak komen pasal hudud tu, walaupun pak cik ustaz umno, tapi buat tazkirah ni disurau pas dan ajk pas pusat lagi yang jemput pakcik ni....
Filem Madu 3 Ahmad Nesfu dalam dialog " Nak ambil ayak sembahayang, nak sembahyang hajat tolak bala" P Ramle mencelah,,," Tak dan dah Pak, Bala dah dekat dah"
haa nak cerita bab apa?cerita la...
kalau tak ada saya nak tidur je ni...
apa itu solat?
kenapa awak solat?
cuba cerita...
apa itu syahadah?
awak cerita...
saya masih menunggu penerangan ustaz muda atas soalan saya yang basic ni...
'TAUHID ZAT'
TAUHID MONISMA/ TAUHID ZAT/ ZAT as SARIJ/ ZAT MUTLAQ/ SEMATA2 ZAT/ ZAT KONTAN/ ZAT MURNI/ ZAT SUCI/ ALQUDDUS.
'SATU ANUGERAH YANG MELAMPAUI SYUHUD2 INDERA RASA'
Monisma bukanlah satu teori yang terbatas/ terhad, dan tidak juga satu juzu’ pemikiran, bahkan adalah dogma atau doktrin (Kemurnian ZAT), terasas dalam berbagai filosofi hayat.
Umpamanya: Satu individu membahaskan ‘penghujung batas’ pemikiran, dimana hanya ujud satu keserataan, satu kehadiran, satu haqiqat kepercayaan, satu gerak, satu maani, satu penampakan, satu pengupasan., satu penjelasan bagi satu konsep fahaman, fahaman kosep sama/ sekata dari segala segi atau sudut, yang menjurus kepada satu titik pertemuan.
Ungkapan 2 yang seolah2 hadir diluar batasan perasaan, hanyalah istillah kabur/ hijabiyah/ qahariyah yang seunpama menentang serta melampaui ‘KESENDIRIAN’ / KEESAAN/ KETUNGGALAN keTuhanan.
Konsep ‘TANPA SEDAR’/ keteledoran/ naqis fahaman yang mendatangkan khayalan/ ilusi/ fantasi tipu2an, bahawa sangkaan2 'ujud diluar batas perasaan', sebagai realiti. Yang demikian menutup haqiqat kesedaran, bahawa yang dilhat, didengar, diperkatakan hanyalah binaan2 perasaan/ AR RUH semata2.
Monisma / Kemurnian Zat adalah arus yang menentang pensyarikatan (SYIRIK)/ dwi padu/ dualisma serta pluralisma/ berbilang2 pada setiap segi/ aspek2 kehadiran/ ujud2. Dibahas dari segi fahaman yang luas (broad sense) serta meneliti secara halus ‘BAGAIMANA’ kehadiran gambaran2 serta 'GEMA2' bunyi ujud ini, terbayang pada perasaan yang satu.
Tujuan penelitian ini menyinari cahaya kepada penyelidikan/ pengkajian keEsaan dan pelbagaian/ beragam2, penyatuan dan berkelompok2, kesenyawaan dan terpisah2. Kepelbagaian atau ‘TIDAK KESERAGAMAN’ pada penglihatan mata zahiriyah, pendengaran,….. yang jelasnya hanyalah agenda atau magik /permainan silap mata /filosofi itelektual minda semata2. (SHEER HIPOTHESIS)
Teori monisma/ Kemurnian Zat Illahi nyata menghakis/ meniadakan keberangkalian ujud malaikat2, syaitan2, adam, nabi2, wali2, ulama2, sami2, paderi2, manusia dan keseluruhan ujud lenyap, tanpa dapat dikesan sekali2.
Minda yang celaru serta kabur persepsinya tentang haqiqat ‘KESENDIRIAN ILLAHI’ akan mengunakan isyarat2, ‘Ini baik ,ini jahat’, ‘ini buruk, ini cantik’, ‘ini dosa , ini pahala’, ‘ ini kafir ,ini Islam’, ‘ini sunnah, ini syiah’, ‘ini kaya, ini miskin’, ‘ini bijak, ini pandai’……menghukum dengan istillah2 kekaburan ilmiah.
Kehadiran ragam2 materialisma, ‘UJUD2’ yang memberi ruang kepada ugama/ kepercayaan, yang kebiasaannya menyuburnya masaalah2 yang tidak mampu diselesaikan dengan filosofi2 , teori2 dan tesis.
Bahkan Monisma/ ZAT SETARA, tidak memberi ruang/ mengizinkan ugama2/ ‘itiqad2/ kepercayaaan2 menakluki 'KEHENINGAN PERASAAN'.
Hanya dogma ‘Monisma/ Kemurnian zat illahi sahaja, satu cara mistik yang mampu menyelesaikan/ meleraikan perbezaan pendapat penganut2 ugama. Monisma adalah konsep ‘KESEDARAN tanpa MATERIAL’./ tanpa ugama2
Manusia berbalah hanyalah kerana perebutan untuk menguasai identiti material. Ugama2/ cara hidup adalah alat2 bagi haiwan2 dalam mencapai penguasaan ini.
Monisma/ZAT MUTLAQ tidak mempunyai identiti kebendaan. Keseluruhan ujud pada prinsipnya adalah setara, sekata, sesifat, tanpa kilasan perbezaan. Dengan hal yang demikian tidak lagi memerlukan 'PENYAKSIAN' dan 'KEYAQINAN'.serta isyarat2 ungkapan.. Tiada ‘itu’ atau ‘ini’, tiada ‘aku’ atau ‘dia’, Tiada 'HIDUP', tiada 'KEMATIAN'.
Katakan Allah itu ESA/ KESENDIRIAN/ TUNGGAL
Allah itu tanpa akhiran/ abadi/ kekal/ selama2nya/ terus menerus ujud
Tidak pernah mencipta dan dicipta (tidak memiliki dan dimiliki), tidak melahirkan dan dilahirkan
Tidak ada sesuatu semithalNya. (tanpa makhluk disisiNYA)
ERTI MAKHLUK ialah 'KENYATAAN DIRINYA. KHOLIK (PENCIPTA), MAKHLUK (SIFAT2 PENCIPTA... Al ALAMIN/ jagat/ gurisan2 perasaan adalah sifat zatiah 'DIRI' ketuhanan itu sendiri) .
• الصمد
[اسم] من أسماءُ اللَّه الحُسنى
[n] The Eternally Everlasting (one of 99 Allah's names)
• صَمَد
[adj] eternal, everlasting
• صَمَدَ ( ـُ
[v] endure, stand, withstand
Apakah patut?
Ia mencari kaldainya!!!
Yang sedang ditungganginya
ENGKAU bersembunyi
Menghijab diri
Dengan ‘YANG’ Engkau nyatakan.
Engkau ‘NYATA’
‘TIDAK TERSEMBUNYI’
Kecuali kepada ‘YANG BUTA’
Yang tidak mengenal ‘BULAN PURNAMA RAYA’
Tubuh manusia adalah seperti patung ukiran, sekiranya tanpa AR RUH AL Illahiyat.. Siapa yang menyangka manusia itu bijak, berkemampuan….. adalah kerana kurang fahamnya tentang ‘HAQIQAT HAYAT’
apa pendapat ustaz muda tentang ini?
Post a Comment