BUKIT GANTANG, 31 Mac - Pilihan raya kecil Bukit Gantang kini dicemari dengan fitnah dan ugutan melalui blog-blog dan website-website yang tidak diketahui kepunyaan siapa. Sebelum dan selepas penamaan calon banyak blog baru yang wujud bertujuan mengugut dan memfitnah calon Pakatan Rakyat dan PAS di dalam pilihanraya Bukit Gantang, YAB Hj Nizar Jamaludin.
Semalam Dato' Mustafa Ali meminta para Penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan. "Permainan blog seperti ini sudah melampaui batas. Saya tidak kata siapa yang melakukannya tetapi apa yang penting perkara ini bukannya datang dari Pakatan Rakyat ataupun penyokong kami" ujar beliau.
Blog-blog ini juga cuba melaga-lagakan para penyokong Pakatan Rakyat memfitnah kononnya penyokong Ustaz Idris kecewa kerana beliau tidak dapat bertanding.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menafikan sekeras-kerasnya kononnya beliau kecewa tidak dipilih mewakili PAS di dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. "Saya sendiri sudah berada berkampung di Bukit Gantang sehinggalah pilihan raya tamat" tegas beliau ketika dihubungi.
Ustaz Idris juga berkata bahawa beliau kini telah turun menemui saudara-mara dan memberikan motivasi kepada petugas-petugas dan pengundi-pengundi untuk memastikan Barisan Nasional hilang deposit.
Blog-blog ini juga menggunakan satu lambang dengan nama "Bloggers Pembela Negara" dan slogan "satu suara, saru arah, satu akidah". Diantara alamat blog-blog tersebut ialah http://perakbangkit.blogspot.com, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, dan lain-lain lagi.
Blog-blog yang tidak diketahui kepunyaan siapa ini juga mengugut Nizar dengan perkataan-perkataan seperti "Kill Nizar!!", "Nizar Penderhaka", Nizar Celaka" dan bermacam-macam lagi dan yang paling teruk sekali, terdapat gambar-gambar lucah dengan tujuan mengutuk dan menghina Hj Nizar.
Selain itu blog-blog ini cuba menggambarkan Nizar sebagai penderhaka Sultan dan Zambry pula sebagai pembela orang melayu. Terdapat gambar yang menunjukkan Zambry bersama-sama dengan sekumpulan orang berbaju seni silat melayu.
Di bilik berita malah di mana-mana tempat pun barangkali telah heboh dengan cerita bahawa telah ada usaha menghantar memo kepada agung untuk menolak Presiden Umno, Dato Najib sebagai Perdana Menteri.
"Malah.. istana yang suruh.." kata petikan sms tersebut. Ayat-ayat ini mungkinlah ada sedikit sebanyak perbezaannya. Tetapi ia tetap memiliki maksud yang sama, iaitu ada orang yang tidak bersetuju Najib sebagai PM. Kedua, istana sendiri yang meminta supaya dihantar memo tersebut. Sejauh mana kebenarannya? Wallahu 'Alam..
Inilah beza antara 'berita' dan 'cerita'. Berita adalah sahih, bersifat baru, tepat, benar serta jelas. Sedangkan cerita boleh ditokok tambah, direka-reka, dijadikan fiksyen. Sebenarnya ada masanya, status cerita boleh terangkat makam darjatnya sebagai berita.
Ini semua bergantung kepada kerajinan usaha pemberita, penyelidik untuk melaksanakan siasatan bertubi-tubi lewat pertanyaan, kajian akademik dan semua ini tentunya berkaitan dengan masa. Cuma masa akhirnya akan menjawab bahawa kisah itu fiksyen atau realiti. Waktu akan memutuskan hal itu mitos, lagenda atau hal yang benar.
Mitos, lagenda, berita ataupun cerita adalah suatu hikayat dan riwayat yang telah berlaku pada suatu masa dahulu. Tergantung kepada sifat masa. Ada masa yang dipanggil zaman purba, maka kisah itu menjadi lagenda dan mitos, dongeng atau apa sahaja.
Tetapi, dalam kes Najib akan menjadi Perdana Menteri, hal itu belum lagi boleh diangkat sebagai berita, cerita, hikayat atau riwayat kerana peristiwa itu masih belum berlaku. Ura-ura yang menyatakan bahawa ada memo yang meminta supaya istana jangan memberikan ruang memperkenan kepada Najib itu sudah makin hangat!
Di sana-sini, berlaku kejadian tembak-menembak dan perang antara sms. Dan, lebuh raya maklumat dan simpang-siur blog memang terjadi perlanggaran maklumat setiap saat.
Yang pentingnya idea agar istana tidak memperkenan Najib sebagai PM itu ada rasional. Masuk akal dan memang boleh dilaksanakan mengikut lunas undang-undang negara.
Hanya..rakyat Malaysia mestilah bergerak bermodalkan keberanian dan berbekalkan jiwa berani itu, mereka harus tampil ke hadapan untuk meminta kuasa istana bertindak.
Tak mengapa Najib menjadi Presiden Umno. Itu kehendak perwakilan Umno barangkali untuk memilih beliau sebagai presiden parti itu. Tapi 26 juta rakyat Malaysia mahu Najib menjadi PM? Parti dan kerajaan, parti dan negara adalah dua hal yang berbeza.
Sejauhmana seriusnya mendebatkan idea Zaid Ibrahim?
Mengejar kesahihan sesuatu berita adalah sesuatu yang memenatkan. Tetapi, kita semua tahu bahawa idea ini terbit daripada Zaid Ibrahim.
Tatkala mennulis ini, saya mendapat tahu bahawa lebih kurang 90 peratus tenaga tumpah di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan lain-lain tempat. Apakah tenaga orang-orang yang mahu menghalang Najib sebagai PM itu tercurah dalam bentuk pemikiran?
Zaid Ibrahim dengan buah fikirannya telah pun melontarkan kemungkinan bagi menyekat Najib sebagai PM itu memang ada. Tetapi, tidak kita ketahui sejauhmanakah orang-orang menyokong dan mendokong pandangan beliau itu?
Apakah wujud tenaga pemikiran untuk menyusun memo, berbual dan melobi istana untuk menghalang Najib sebagai PM? Kita semua perlukan jawapan terhadap persoalan ini.
Kita mungkin mahu pertahan kubu; dua bukit dan sebatang sungai, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Tetapi.. ancaman dan marabahaya yang mungkin meledak dari Istana Negara akibat memperkenan Najib sebagai PM itu ternyata lebih berat!
Kita tidak tahu sejauhmana orang-orang tertentu telah bertindak jika benar ada rancangan untuk menyekat Najib sebagai Perdana Menteri. Istana Negara perlu melihat jumlah besar rakyat jelata yang tidak yakin kedudukan Najib sebagai pemimpin negara ini.
Kita tidak ada masalah dengan kedudukan Najib sebagai pemimpin Umno. Tapi, kita ada masalah besar apabila sudah wujud anggapan dan tanggapan bahawa Presiden Umno itu akan menjadi Perdana Menteri. Begitu kuatnya tembok fahaman yang mengakar di dalam pemikiran rakyat selama ini. Bagaimana tembok pemikiran ini mahu diruntuhkan?
Siapa pengganti Najib jika istana mahu tolak Najib?
Ini satu lagi hal penting yang mesti difikirkan oleh Zaid Ibrahim dan mereka yang benar-benar ingin menyekat kemaraan Najib sebagai Perdana Menteri.
Barangkali, pihak istana mahu bertanya juga.. kalau bukan Najib, siapakah yang diingini oleh rakyat sebagai Perdana Menteri?
Kalaulah kita sudah boleh membuat keputusan bagi memilih calon-calon tertentu sebagai saingan kepada Najib, maka boleh jadi pihak istana akan boleh membuat keputusan serta istana tidak takut-takut lagi kerana sudah jelas isyarat rakyat yang mahu Najib berundur! Biarlah dia kekal sebagai Presiden Umno, tapi jangan menjadi Perdana Menteri.
Hal ini perlulah kita serius membincangkannya dalam tempoh yang sangat suntuk. Kalau kita banyak mengalihkan perhatian kepada isu mempertahankan kubu dua bukit, sebatang sungai, maka hal inilah yang sangat disukai oleh Najib!
Agak-agaknya, boleh jadi.. memang itulah rancangannya. Biarlah semua orang sibuk juga di lapangan pilihan raya kecil dan beliau menyusun gerakan menuju ke istana sebagai PM yang baru. Dan.. orang-orang kita hanya tinggal berputih mata sahaja..
Apa pandangan orang-ramai terhadap isu ini?
Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .
1. Taqwa. [ taat ]
Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :
( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .
Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh - musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .
Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .
Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .
Saidina Umar al Khattab .
Berasaskan wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .
Maksiat dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]
Semua petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .
2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Biarpun kita telah menang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan kita harapkan kejayaan hatrik di Bukit Gantang , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana kemenangan kita sebelumnya di Permatang Pauh , Kuala Terengganu atau lainnya dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !
Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .
Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .
Saya percaya , jika kita bersungguh - sungguh kita akan menang . من جد وجد
3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .
Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد - Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -
4. Munazzamah [ sistematik ]
Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .
Sekalipun kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah . الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام
Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .
Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .
5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]
Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .
Sabar
Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين - Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar .
Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
Sabar jua dengan karenah pimpinan
Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .
Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
Solat
Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .
Siang kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu' memohon petunjuk dan kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .
Selamat berjuang . Semoga berjaya mencipta hatrik !!
pinjam dr Ustaz Nasrudin Tantawi
nizar imam kan dan berdoa utk kemenangan pas dan dimakmum kan oleh zambri,muhyidin dan ismail ..
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang. Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
..biasanya apabila orang meminta kita menjadi imam kerana mereka menerima hakikat bahwa di dalam jemaah yang ada, imam dipilih dari orang yang diterima sebutan bacaannya selain dari dihormati dari segi pengetahuan agama.
Kalau benarlah lapuran ini, ertinya jemaah yang hadir "mengiktiraf" nizar mempunyai ciri2 imam yang lebih baik.
Jadi, tidakkah Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata...tak payahlah nak pergi jauh lagi...Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti....InsyaAllah...
Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya kulupsakah.blogspot.com dengan tajuk 'calon BN doakan kemenangan PR?'
Lolongan awal media utama lidah UMNO cubaa mengekspolitasi isu ini dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.
Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:
1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisgDAPudN0nzd9eyns5grvSPUL7gvbcOFoeKcA9wdMaX9xYCo9GquK_WnJ5PL5BENlY5B5DUHr74MdTfyQpbSW2pBecv8C1UEmqQNRDKiz7P-f7EPOdF8ptIYGoNUZycwCyZ9ISQEsU2nN/s320/kapalselam.gif)
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Haji Lah Haji Khir mengumumkan penolakan tersebut berpunca dari kedegilan calon bebas tersebut untuk menggunakan logo kapal selam. "Kita dah kata, ada warna, ada gambar, ada objek tertentu tak boleh dijadikan logo kerana ia dapat menyinggung perasaan pihak tertentu. Dalam demokrasi terpimpin ada benda tak boleh buat. Tetapi Che Tugi keras kepala. Jadi saya tak dapat nak buat apa. Sebagai contoh, logo macam pakaian dalam misalnya memang kita tak benarkan. Awak bayangkan kalau logo kapal selam berkibar-kibar ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di Bukit Selambau?"
Penolakan tersebut menyebabkan hanya 15 calon sahaja sah untuk bertanding.
"Saya terkilan kerana tidak dibenarkan bertanding. Saya sangat ingin mengalahkan calon PKR. Saya tak suka PKR. Saya sedihlah, logo kapal selam membawa makna tersendiri buat saya. Ini adalah kerana saya pernah berkhidmat mencuci kapal selam Perancis ketika ia berlabuh sempena LIMA di Langkawi satu masa dahulu."
Ditanya apakah beliau memahami alasan penolakan yang diberikan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, beliau dengan penuh emosi menjawab, "Saya tak tahu sebabnya. Saya tak faham. Dia bawak contoh logo pakaian dalam, tapi kapal selam bukan pakaian dalam. Apa ni? Adil ke macam ni? Padahal bas, kapal terbang, helikopter semua boleh...pada saya demokrasi telah mati. Saya sakit hati tahu tak, sakit hati sangat-sangat!" Kata Che Tugi tanpa menanggalkan kaca mata hitamnya.
Dua pakar feng shui terkenal Master Pin dan Gillian Too memaklumkan kami, logo kapal selam mungkin ditolak oleh Surahanjaya Pilihan Raya kerana ia dapat menyebabkan kemudaratan.
"Gua ingat kapal selam tak ada ong lah." Jawab Master Pin ketika mengulas isu tersebut.
Gillian Too yang ditemui di kedai barangan feng shui miliknya di Mega Mall, melihat kitab feng shui rujukannya berkata, penolakan tersebut adalah tepat. "Che Tugi sepatutnya berterima kasih. Logo kapal selam boleh menyebabkan kematian. Kalau dia guna juga, masa kempen nanti dia akan jatuh motor. Tapi sini kitab juga cakap, kalau mahu gunakan juga, Che Tugi boleh menggunakan kristal China sebagai gelang dan jed dari Mongolia sebagai rantai. Itu akan memberi tenaga positif. Tapi, tak payah gunalah lagi senang. Duduk rumah lah tak payah pening kepala."
Che Tugi bagaimana pun menolak saranan Gillian Too tersebut, "Ustaz Asri cakap itu semua khurafat, bid'ah, dan syirik. Tak ada dalam hadis."
Calon-calon bebas yang akan bertanding dalam Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini akan menggunakan pelbagai logo. Antara logo yang diizinkan untuk digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abu (Jam), L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas), Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang). Selama 9 hari logo-logo calon yang bertanding akan berkibar di Bukit Selambau.
Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas. faisal tehrani
PINJAM DARI kerabu >
UMNO dulu, kini & selamanya PENDERHAKA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheEUszoDI0hRQt2hSZtpwvUG1WEyNUsUQXHLknx6_nyFBZgHWQdpr81eyJxjtoHlTjY82IsmhFVPZAar_yfW2ISR94rzOrKm5yxTQE94r-Ct-K_S8jxcS4p2IvAqf9ZlsQKejhrh6P6caF/s400/mingguan+msia.jpg)
Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.
Antara PENDERHAKAAN UMNO kepada Raja-Raja Melayu ialah ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...
1. UMNO pernah meminta disiasat Harta Raja-raja.
![](http://3.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZaAxLNWhiI/AAAAAAAABzo/qWtAqw5izHk/s400/raja_002.jpg)
a) Tubuh satu jawatankuasa siasat harta/projek/tanah yang diluluskan kepada Raja secara langsung @ 'kopitian cina'. (yang lain baca sendiri. Klik pada gambar & besarkan tekan ctrl & +)
![](http://1.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZaDK_xNNzI/AAAAAAAABz4/tNTcFg77cvw/s400/memo.jpg)
![](http://2.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZa5YtcX6uI/AAAAAAAAB0g/sUCOehfhhuI/s400/tj.jpg)
![](http://4.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZaHeF6DsXI/AAAAAAAAB0I/H8hNmengwh4/s400/anuar+musa.jpg)
![](http://1.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZaIfKsc0yI/AAAAAAAAB0Q/1zCHXSegoug/s400/ku_yah.jpg)
![](http://3.bp.blogspot.com/_yOKYAW5Svfw/SZaJ0G8WWtI/AAAAAAAAB0Y/sh0l6bVlZHg/s400/agong.jpg)
10. Jangan dilupakan bagaimana UMNO merobek kekebalan Raja-raja Melayu suatu ketika dulu
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi37SdUbJjzN0KrizQ6NSxqwCLPRuMopuY9Xa80WTOv0I64xjvwNWlb518A2Ae1ovjnemLFu9Tv7Kju2rfOCThyphenhyphen729d0b-1krdMKbypOOMwTA89VuRHU0z9j6tsG0rRuPlzQNNYDqdq98jM/s400/ghazali_derhaka.jpg)
11. MB UMNO PERAK sebenarnya lebih dahulu adalah PENDERHAKA
tengok penyokong bn pulak?? budak2 sekolah dan remaja..nilai lah sendiri
![](http://2.bp.blogspot.com/_1DrTP4yaKGo/ShrQZebMVTI/AAAAAAAABTg/MUH7bKDYZWU/S242/Tok+Guru.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2E5JRUZVsX5ZxWRX8A8WuOWoZjIZvFh-XhpKt4zUq29_M4lPG7mApAzDcEHnAi11qMzbqIg2blgOx8s1zOw1mk46z8Og8m6l1pS_mqzpJ8fvaAjqmjuwOBjTqkfrRpfzLUXQsOKFpOI/s320/pas-islam-untuk-semua.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMhNA0sgtM-SBCul9CuO7OVrzRD-iu2oPOsK3ByEmggCLK666UWAOKzp1rFAEBaRe4NosbGb0HRt_Nxdnw0pg47dvUJdtJpvrBvSmZy0aq6hfPpGwfWmVmjfhPk8BR0paJn3H6xT3HCIw/s400/gemilangnya+Islam+di+bawah+kepimpinan+ulama%27.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOAo4o_wgNMFS67OEZjI8nM8q0RLc9TTZaHlOZTyzYFqE3XBwxNa-51wHNLdKvV0ovkSVo3XxUPY7FkUtrFRdSFV6xdlJk7GZLryE7M0JccKfctbJI8M__xKsQCRIAL_FH121D7yz0T1c/s400/mansuh-auku.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyG1aqk8kZ620vtL-xcemJcRoYzsmJb33pqKMdMmqe5AfajaqpSH-jZuBHDDB1ag07bSEyXTjzmdPWDVUWhiOQBd5si_XSRiP7s_0m0-3xW7PyImNjxDGxTlJVN6evhtJmy4XE-8JkP8Q/s254/isa2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgakFQeKvodJDBk2agRd6CuATYu1nN4f52nmuBs2nIzjHpCM5AuvsmY3njYe18Y3Qjdk40gyi1IgMrVLt67p8qrE3LIibwn47OSWLHFON4truxldk5oM6slDlF7EhqHH2xICQgsqVczJkHx/s400/2150_20090515120413_1.jpg)
![](http://th07.deviantart.net/fs41/300W/i/2009/013/5/1/Free_Gaza_Save_Palestine_by_gla55h3ART.jpg)
sebarang maklum balas sila email ke:
kamalfarhanmohdradzi@gmail.com
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(175)
-
▼
March
(18)
- Fitnah dan ugut kepada Nizar dalam blog
- Adakah istana mahu sekat Najib sebagai PM?
- 5 Strategi Kemenangan Kita
- nizar imam kan dan berdoa utk kemenangan pas dan d...
- video jom balik mengundi(DAP)
- suasana penamaan calon
- Bukit Selambau: Calon Bebas Ke 16 Mahu Guna Logo K...
- SIAPAKAH PENDERHAKA SEBENARNYA??
- BN DAN UMNO DAH SEDIAKAN KUBUR UTK MEREKA...
- KERJA SAPA NIE??
- pas tenggelam kan umno..kesian,...
- Apa kata pengundi mengenai Nizar?
- Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sifatkan KDN ...
- osman jailu dan najib dihina di bukit gantang
- biodata calon pas bukit gantang
- Peribadi Petugas Parti Yang Bertaqwa
- Haramkan PMRAM ? Budak UMNO Biadab
- Umno tidak dilihat perjuangkan Islam
-
▼
March
(18)
undilah PAS
![](http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/07/postertokguru.jpg)
![](http://cikgunurionline.files.wordpress.com/2009/04/undilah-pas.jpg)
![](http://wanhassan.files.wordpress.com/2009/01/poster_calon.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-dOq7UkhXABvrhBGzrhLG6JM7OaCDu9TfWpoS3orPBgroa_p79UDH2gg8TUMgCr-8fIFgUGf2jWZrXDuBtnBNWBzgLryUawRbBg1TdpaCdMPzznPGR8DHYZerbIT-1f0p5eEN8o2xOgA/s400/sadsgfd.jpg)
![](http://dappg.org/wp-content/uploads/2009/08/postercalon.jpg)