Nasihat menjadi tonggak penting dalam agama Islam, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dimansuhkan. Peranan untuk menegakkan nasihat menjadi kewajipan seluruh umat di semua peringkat dan lapisan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya: "Untuk siapa? Sabda Rasulullah s.a.w: "Untuk Allah, Rasul-Nya, untuk kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai." - Hadis Sohih riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Imam.

Nasihat untuk Allah ialah dengan menepati hukum-Nya, menegakkan agama-Nya dan hukum-hakam-Nya kerana Allah semata-mata. Bukan kerana mengampu, sehingga tidak berani untuk mencegah kemungkaran, tetapi hanya menyuruh yang baik secara terhad dan menjadi pengecut untuk mencegak kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa di dalam negara.

Umat Islam menjadi bertambah malang dengan kewujudan mereka yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya' 'Ulumddin' sebagai 'ulama su' yang bersekongkol dengan mereka yang zalim serta sanggup menjadi syaitan bisu. Ini dilakukan kerana takutkan manusia sama seperti takutkan Allah SWT, atau lebih daripada takutkan Allah atau menganggap rezekinya di tangan pemerintah bukannya datang daripada Allah SWT.

Nasihat untuk Rasulullah pula ialah dengan menjadikan baginda contoh teladan di dalam semua perkara. Juga nasihat agar menepati sunnahnya dan meneruskan ajarannya setelah baginda wafat. Nasihat kerana Rasulullah sentiasa hidup, tidak wafat dengan kewafatan baginda, juga mencontohi keberanian baginda yang tidak gentar menghadapi sesiapa, walaupun kuasa besar dunia yang zalim.

Juga percaya kepada amanat Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sohih bahawa menasihati kerajaan yang zalim adalah jihad akhbar (paling besar). Manakala riwayat yang menyatakan jihad hawa nafsu adalah paling besar, adalah dikira hadis daif, bahkan ada ulama hadis yang menyenaraikannya daripada kalangan hadis palsu, iaitu bukan hadis, tetapi kata-kata seorang yang bernama Ibrahim bin Ablah.

Nasihat kerana kitab Allah ialah dengan menegakkan isi kandungannya dalam segenap aspek. Ia termasuk akidah, syariat, akhlak, dan sistem kehidupan seluruhnya termasuk dalam perkara undang-undang supaya diamalkan dengan tepat. Juga menasihati mereka yang tidak beramal dengan cara yang tidak tepat supaya memperbetulkannya dengan cara menepati matlamat hukum yang terdapat di dalam kitab Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Melalui nasihat, pemimpin berpeluang membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang untuk membetulkan dirinya sendiri supaya menjadi contoh kepada rakyat. Nasihat juga mengajarnya untuk bersikap kepadanya dan dia tidak melenting apabila benar-benar melakukan kesilapan, kerana pemimpin adalah mahkluk manusia yang tidak boleh berlagak menjadi Tuhan.

Nasihat juga menjadi hak rakyat, untuk memberi nasihat kepada pemimpin dan menerima nasihat di kalangan mereka serta menerima nasihat daripada pemimpin. Rakyat juga berperanan untuk menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.

Allah berfirman melalui surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi Mass! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar."

Tetapi kewajipan nasihat ini telah diabaikan kerana terdapat sindrom yang melanda umat Islam di negara kita hingga ke tahap yang sangat membimbangkan.

Sindrom yang mengongkong para pemimpin : Negara dikepalai oleh barisan kepimpinan yang diikat dengan budaya menonjolkan diri dengan membariskan pimpinan bawahannya semata-mata untuk membina kekuatan kedudukannya, iaitu membariskan pelapis yang takut kepada siapa sahaja yang menjadi pemimpin utama. Pekara ini menyebabkan kita diperintah oleh kalangan yang tidak dapat membetulkan kelemahan-kelemahan yang berlaku.

Antara punca yang menimbul gejala ini ialah perkara-perkara berikut:

Hub al-Riasah wa al-Jah (Rakus untuk menjadi pemimpin dan gila kuasa.

Sifat ini menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan dirinya, bukan sahaja sanggup mebaurkan wang, bahkan sanggup mengorbankan kawan sendiri. Berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana ada kepentingan untuk naik lebih tinggi.

Dalam Umno, penghormatan yang sewajarnya tidak lagi diberi kepada orang yang sudah jatuh, yang dikira tidak boleh memberi apa-apa kepada orang lain, seperti Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba. Apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah malapetaka daripada sifat yang buruk ini.

Sebenarnya beliau dijatuhkan kerana adanya unsur perebutan kepimpinan. Tuduhan-tuduhan yang mengheret beliau ke mahkamah dipercayai oleh kebanyakan orang sebagai penyangkut yang dicipta untuk menjatuhkan beliau. Hanya segelintir rakan-rakan daripada Umno yang menunjukkan semangat persahabatan dan terlalu sedikit yang sanggup bersama. Kebanyakan mereka selama ini lebih bersemangat mangampun untuk kepentingan diri masing-masing.

Penyakit ini menyebabkan pemimpin tidak mendapat pertolongan dan keberkatan Allah S.W.T. Sangat benar sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya iaitu Abdul Rahman bin Samurah maksudnya: "Wahai Abdul Rahman Samurah! Janganlah anda meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan yang diberi kepadamu kerana permintaan engkau sendiri, nescaya ia akan diserakan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya ia diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau akan diberi pertolongan." (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-Ahkam)

daripada buku 'Qazaf mangsa fitnah, halaman 45-49

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap akan menguatkuasakan peraturan melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Keputusan itu menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah muktamad.

Wan Ahmad menjelaskan, walaupun larangan mendirikan pondok panas dan meraih undi minit-minit terakhir akan dikuatkuasakan, namun pihaknya tidak menghalang kehadiran jumlah penyokong yang sejak kebelakangan semakin meningkat.

Ia ketara ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Larangan kita ialah agar tidak dirikan pondok panas dan tidak berkempen pada hari pengundian.

"Mengenai jumlah penyokong, kita tidak halang atau sekat mereka datang kerana kawasan di luar lingkungan 50 meter dari tempat mengundi adalah kawasan awam.

"Jadi jika mereka nak datang juga, pastikan bukan untuk berkempen," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau, tujuan SPR untuk menguatkuasakan larangan mengadakan pondok panas bermula pilihan raya kecil Penanti bulan ini ialah bagi mengelakkan parti-parti politik yang bertanding menjadikan ia sebagai medan berkempen.

"Ada parti yang gunakan pondok panas sebagai tempat untuk berkempen di saat-saat akhir... ini yang kita nak elakkan.

"Jadi kita harapkan apabila pondok panas ini sudah tidak dibenarkan, orang yang datang tidak ada tempat untuk berteduh dan secara tidak langsung kita boleh kurangkan kesesakan di sekitar tempat mengundi bagi memudahkan kehadiran pengundi," katanya.

Wan Ahmad berkata, jika ada mana-mana parti politik yang ingkar larangan tersebut, pihak polis akan mengambil tindakan.

"Jika ada yang masih tidak patuhi larangan ini nanti, kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan lanjut berdasarkan undang-undang yang ada," katanya.

PERTEMUAN MINGGU LALU

Pada pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat minggu lalu SPR menegaskan akan menguatkuasakan ketiga-tiga peruntukan tersebut bagi menguruskan pilihan raya dengan tenang dan terurus.

Kelmarin SPR mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menerangkan mengenai penguatkuasaan larangan mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari mengundi di Penanti mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr. Mohamad Shah Hussin Shah.

Tambah Wan Ahmad, berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak polis telah menyatakan kesediaan untuk menguatkuasakan peruntukan baru itu.

Dalam pada itu mengulas mengenai hasrat Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan dengan SPR Rabu ini, beliau berkata, SPR telah menerima makluman tersebut.

"Tapi mereka nytakan nak jumpa dengan Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Yusof).

"Tapi minggu depan Tan Sri (Abdul Aziz) tidak ada... jadi SPR dah pun memaklumkan tentang perkara tersebut kepada Pakatan Rakyat.

"Terpulanglah kepada mereka macam mana nanti, sama ada nak jumpa ataupun tidak SPR walaupun tanpa kehadiran Pengerusi," katanya.

KEPUTUSAN SPR MUKTAMAD

Bagaimanapun Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan tujuan Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan kali kedua adalah bagi menyatakan bantahan dan ingin menggesa supaya SPR menarik balik larangan tersebut.

"Saya difahamkan begitulah. Tapi sebenarnya begini... keputusan kita adalah muktamad dan kita tetap akan laksanakan larangan tersebut.

"Mereka nak datang jumpa tidak ada masalah, kita sentiasa terbuka, tapi mengenai larangan itu ia adalah muktamad," katanya.Mstar.

Pada 7 Mei ini, kita akan melihat satu lagi babak didalam Krisis Perlembagaan Perak ini dimana Menteri Besar haram memanggil sidang dewan.. dan seperti yang sedia maklum, satu usul akan dibawa untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Umno sedang menggali kuburnya sendiri. Majoriti rakyat Perak tidak dapat menerima pengambilalihan tampuk pemerintahan kerajaan Perak secara haram dan tidak mengikut perlembagaan. Ianya satu rampasan kuasa… walau apapun alasan mereka. Keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah bukti dimana rakyat tidak merestui apa yang dilakukan oleh Umno di Perak. Kalau Umno masih belum faham..saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi.

Ramai cerdik pandai undang-undang telah mengulas isu ini termasuk bekas hakim dan peguam terkenal dan semuanya berpendapat bahawa tindakan Umno adalah haram dan tidak mengikut pelembagaan. Oleh itu, adalah dijangkakan bahawa pada 7 Mei ini, rakyat akan berkumpul di Dewan Undangan Negeri Perak untuk menunjukkan kekecewaan mereka. Malah dikalangan mereka yang rapat dengan Najib telah menyatakan kekecewaan mereka tentang apa yang berlaku di Perak. Mereka merasakan bahawa Najib telah melakukan satu kesilapan besar.

Kerabat-kerabat diraja, termasuk kerabat diraja Perak turut merasa gusar. Bukan semua kerabat diraja meyokong pembangkang tetapi tidak semua juga menyokong Umno. Kerabat diraja telah berpecah dalam sokongan mereka terhadap parti pemerintah. Walaupun ramai diantara kerabat diraja menyokong parti pemerintah atas alasan peribadi ataupun kepentingan perniagaan, mereka juga bimbang sekiranya kesilapan Umno ini bukan sahaja akan melenyapkan parti itu, malah akan melenyapkan institusi Raja itu sendiri. Raja Muda Perak sendiri merasakan bahawa kerosakan terhadap institusi Raja itu bukan sahaja akan untuk jangka masa panjang, tetapi mungkin juga tidak dapat diperbaiki.

Sememangnya, kita tidak dapat mentafsir sentimen kerabat diraja.. sama ada pro-rakyat ataupun pro-demokrasi. Lagi pun, siapa yang bakal menjadi Sultan adalah mengikut warisan…bukan dipilih secara demokrasi. Oleh itu.. demokrasi bukanlah sesuatu yang disukai oleh Raja-Raja. Tetapi.. Raja-raja hari ini bukan seperti raja-raja dahulu. Sekarang, raja-raja berpendidikan tinggi dan ramai daripada mereka belajar dilluar negeri. Mereka tahu tentang sejarah. Mereka belajar tentang sejarah dan mereka tahu apa itu ‘storming the Bastille’ dan bagaimana ianya berlaku.

Raja-raja risau tentang masa depan mereka. Mereka risau… sekiranya mereka melawan arus, mereka akan lemas. Biar bagaimana handal pun mereka berenang, tidak mungkin mereka dapat melawan arus. Dan mereka bukan sahaja melawan arus deras tetapi Tsunami! Tsunami akan menelan apa sahaja dihadapannya dan menarik mangsa kedasar lautan. Rakyat Malaysia belajar tentang kuasa Tsunami pada 24 Disember 2004 dan sekali lagi pada 8 Mac 2008, apabila buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya Malaysia, pengundi menunjukkan kekuatan kuasa rakyat.

Raja-raja sudah gementar. Mereka sedar… mereka tidak mampu melawan Umno. Apatahlagi.. arkitek dan jurutera Krisis Perlembagaan yang berlaku pada pertengahan 1980an dulu, Mahathir Mohamad, sekarang sudah kembali kepangkuan Umno.. merancang dan merencana disebalik tabir. Raja-raja tidak takut kepada Najib.. sebagaimana mereka takut kepada Mahathir. Apatahlagi… Najib seolah-olah sama seperti mereka…seperti bapanya Tun Razak.

Orang Melayu pada amnya adalah feudalistic. Dan Umno adalah parti feudal. Hampir mustahil memisahkan Melayu, Umno dan feudalisma. Ketiga-tiganya datang dalam satu pakej. Dan inilah yang cuba dilakukan oleh Mahathir…iaitu memecahkan pemikiran feudalisma dikalangan orang Melayu. Oleh itu… beliau melancarkan perang terhadap raja-raja dan mengajar orang-orang Melayu bagaimana menjadi kurang ajar.

Semasa Krisis Perlembagaan 1980an… Tun Ghafar Baba merupakan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi tanpa disedari oleh kebanyakan orang melayu, langkah-langkah untuk menghapuskan budaya feudalistic melayu bermula lebih awal dari itu. Ia bermula apabila Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri masa itu. Dan Musa dengan jelas menyatakan bahawa sudah sampai masanya orang Melayu belajar bagaimana menjadi kurang ajar.

Ramai yang tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh Musa pada masa itu. Orang Melayu mesti belajar menjadi kurag ajar…tetapi kurang ajar kepada siapa? Orang Cina? Umno? Tidak! Musa Hitam bukan rasis. Semua wanita dikelilingnya bukan Melayu. Musa bermaksud bahawa orang Melayu mesti lari dari tradisi. Dan salah satu daripada tradisi yang ketinggalan dan tidak produktif ialah budaya feudal yang menghalang Melayu daripada menjadi progresif dan memandang kehadapan. Bukankah “Biar mati anak, jangan mati adat” itu peribahasa Melayu? Orang Melayu lebih rela mati mempertahankan tradisi mereka dan itulah yang menghalang mereka untuk berubah.

Ramai yang tidak memahami mengapa Mahathir memilih Musa… dan bukan Razaleigh sebagai Timbalan. Bukankah Tengku Razaleigh memberi laluan untuk Mahathir menjadi timbalan Hussein Onn.. dan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, Razaleigh akan dilantik sebagai orang nombor dua? Itu adalah perjanjian mereka. Tetapi Tengku Razaleigh adalah seorang pro-Raja dan Musa adalah seorang pro-republik. Dan Mahathir memerlukan seorang pro-republik sebagai timbalannya….bukan seorang pro-Raja seperti Razaleigh.

Sejarah Umno sering berkait dengan feudalisma dan kesultanan. Onn Jaafar merupakan ‘orang istana’. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman, diikuti dengan Tun Razak dan Hussein Onn. Kesemuanya…sejak 1946..dibesarkan diistana dan rapat dengan istana. Onn Jaafar diberikan penghormatan oleh Jepun semasa pemerintahan mereka di Malaya dan diberikan pakaian seragam lengkap pegawai tentera Jepun…lengkap dengan sebilah pedang Samurai. Penghormatan ini bukan sahaja diberikan kepada istana..malah kepada mereka yang rapat dengan istana.

Akhirnya..pada tahun 1981, Umno Berjaya menjauhkan diri mereka dari feudalisma dan untuk pertama kalinya, mereka mendapat seorang Republikan sebagai pemimpin. Ia mengambil masa dua dekad untuk berlaku. Dan apabila Umno tidak lagi dikuasai oleh ‘orang istana’, mengapa perlu Mahathir mengambil Tengku razaleigh yang berdarah raja untuk dijadikan Timbalan? Jadi…Mahathir memilih Musa. Dan apabila Musa meletakkan jawatan, dia memilih Ghafar Baba..bukan Razaleigh.

Tetapi Ghafar datang dari generasi lama yang berpegang kepada tradisi lama. Dan apabila Krisis Perlembagaan meletus pada pertengahan 1980an, Mahathir mengarahkan Ghafar mengetuai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu. Dan Ghafar melakukan beberapa perjumpaan di Istana Negara bersama Anwar Ibrahim untuk berbincang dengan Raja-Raja Melayu. Mesejnya cukup mudah. Sekiranya Raja-Raja Melayu menentang, maka rakyat akan bangun mendesak Raja-Raja Melayu dihapuskan dan Umno tidak akan mampu menyelamatkan Raja-Raja Melayu.

Raja-Raja Melayu masih berdegil. Oleh itu…Mahathir melancarkan kempen menghina raja keseluruh negara. Raja-raja Melayu dipersendakan. Malah orang-orang Umno sendiri mendesak supaya Raja-raja perlu diajar. Mahathir kemudiannya bertindak sebagai ‘pendamai’ dan menyelesaikan masalah diantara Melayu Umno dan Raja-Raja. Raja-Raja Melayu akhirnya tunduk..bahawa Umno merupakan Bos di Malaysia…bukannya Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu terpaksa menanggung malu dan mengaku kalah dan Mahathir menang.

Tetapi Krisis Perlembagaan pada masa itu menonjolkan Ghafar Baba sebagai seorang yang lemah. Terlau lembut. Dia merupakan Melayu lama yang berpegang kepada tradisi dan budaya. Dan salah satu daripada tradisi ini ialah Melayu tidak boleh derhaka kepada raja. Kalau bukan kerana Anwar, Ghafar tidak mungkin berani menghadapi Raja-Raja dan berkonfrontasi dengan mereka. Itu sebabnya Mahathir menghantar Anwar untuk bersama Ghafar ke Istana Negara. Sekiranya Ghafar gagal..maka Anwar mampu menyelamatkannya.

Dan itulah yang sebenarnya berlaku. Disatu ketika semasa perdebatan yang hangat dengan raja-Raja Melayu, Ghafar menanggalkan songkoknya dan meletakkannya diatas meja. Itu adalah perbuatan yang paling kurang ajar, tetapi Ghafar mungkin tidak menyedarinya. Ghafar tidak berniat untuk berlaku kurang ajar kepada raja-Raja …cuma merasa kecewa. Dan didalam kekecewaannya, dia menanggalkan songkoknya. Yamtuan Besar Negeri Sembilan juga menanggalkan songkoknya dan meletakkan diatas meja. Untuk menyatakan …sekiranya Ghafar boleh berlaku kurang ajar, dia juga boleh berbuat demikian.

Mahathir menyedari bahawa Ghafar masih tebal feudalismanya. Ini tidak dapat dielakkan, kerana Ghafar merupakan orang tua..tujuh bulan lebuh tua dari Mahathir. Orang Melayu tua tidak akan bersikap kurang ajar terhadap Raja. Mahathir mengambil keputusan bahawa Ghafar perlu berundur. Dia tidak mungkin menjadi seorang republikan.

Tetapi Anwar boleh. Oleh itu, Mahathir meminta Anwar menentang Ghafar. Dan Anwar bersetuju. Dan apabila Ghafar menyedari bahawa Mahathir mahukan dia berundur, dia berundur dan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar. Anwar menjadi orang nombor dua tanpa tentangan.

Dikemuncak Gerakan Reformasi sekitar 2001, saya telah diminta untuk datang ke Istana dan ditanya mengapa saya begitu bodoh menyokong Anwar. Saya menjawab bahawa saya tidak menyokong Anwar seperti saya tidak menyokong Mahathir. Saya melakukan ini untuk Raja-Raja…kerana Mahathir merupakan anti-Raja dan akan menjadikan Malaysia sebagai republik sekiranya dia berkuasa.

Sultan menjawab bahawa Anwar juga tiada bezanya. Anwar merupakan pemain utama semasa Krisis Perlembagaan. Anwar…dan bukan Ghafar yang menyebabkan Raja-Raja Melayu sakit kepala. Ghafar tidak banyak bercakap sebaliknya Anwarlah yang bercakap dan yang perlu dihadapi oleh Raja-Raja. Raja-raja tidak mempercayaai Anwar dan tidak akan menerimanya sebagai Perdana Menteri.

Perjumpaan tersebut menyerlahkan apa yang bermain dikepala Raja-Raja Melayu. Anwar dianggap sebagai republikan… sama macam Mahathir. Dan siapa yang menang didalam persengketaan Mahathir-Anwar pada tahun 1998 tidak penting. Mereka menyedari.. bahawa Anwar merupakan mangsa kekejaman Mahathir… dan mereka tidak mempercayaai tuduhan yang dibuat terhadap Anwar.. terutamanya tuduhan liwat. Tetapi adalah baik sekiranya Mahathir berperang dengan Anwar…sekurangnya Raja-Raja merasa terselamat untuk beberapa tahun akan datang.

Dan itulah sebabnya mengapa Raja-Raja tidak membantu Anwar pada tahun 1998 apabila Mahathir menghumban Anwar kepenjara. Mereka menghargai Gerakan reformasi…sekurang-kurangnya dapat menyebabkan Mahathir sibuk dan akhirnya melemahkan Umno. Sekiranya Umno kuat… Raja-Raja akan lemah. Sebaliknya… sekiranya Umno lemah… Raja-Raja Melayu akan diperlukan kerana Umno boleh berlindung disebalik Raja-Raja Melayu untuk melindungi kejahatan mereka…seperti yang berlaku di Perak masa ini. Lagipun, apakah Raja-Raja sanggup menyebelahi Anwar dan menyebabkan Mahathir murka? Sekurang-kurangnya…dengan bersikap ‘berkecuali’ Anwar dan Mahathir akan terus berentap.

Berlainan dengan Najib! Memang benar Najib mempunyai banyak skandal. Tetapi begitu juga kaum kerabat Raja-Raja Melayu. Lagipun Raja-Raja pun manusia biasa juga…sama dengan Najib dan kebanyakan pemimpin Umno yang lain. Tetapi Najib orang Istana dan tidak mungkin dia akan menghapuskan kesultanan Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik. Dengan Anwar..apa-apa pun boleh terjadi…seperti yang terjadi dalam Krisis Perlembagaan 1980an. Lebih baik syaitan seperti Najib daripada Anwar yang memungkinkan berakhirnya kuasa Raja-Raja Melayu.

Perlu diingat..Anwar merupakan pemain utama dalam Krisis Pelembagaan pada tahun 80an. Tetapi Najib tidak. Sebaliknya Najib sentiasa berhubung dengan istana sepanjang krisis tersebut. Najib menunjukkan keakrabannya terhadap Raja-Raja …bertentangan dengan Anwar.

Tidak hairan.. mengapa Sultan Perak dilihat menyebelahi Umno.. atau pun Najib.. kerana Najib adalah dalang disebalik Krisis Perlembagaan Perak sekarang. Sesiapa pun boleh mengatakan Anwar diarah oleh Mahathir. Najib dan Ghafar juga begitu…tetapi mereka tidak menentang sekeras Anwar.

Sekiranya ada sesiapa yang mengatakan Anwar bukan anti-Raja, dan hanya mengikut arahan Mahathir.. pertentangan Anwar dengan Sultan Kelantan membuktikannya. Anwar merupakan Menteri kewangan pada masa itu dan beliau mengarahkan Jabatan Kastam merampas kereta Lamborghini kepunyaan Sultan Kelantan atas alasan tidak membayar cukai. Sebenarnya..Sultan tidak perlu membayar cukai keatas tujuh buah kereta pertama yang diimpot sementara Raja Muda atau Tengku Mahkota mendapat tiga pelepasan cukai. Kesemuanya sepuluh kereta dan Sultan Kelantan belum lagi mencukupi kuota tersebut.

Sultan amat murka dan meminta pegawai istana pergi ke pejabat kastam dan mengambil kereta tersebut secara paksa. Pegawai istana mengambil kereta tersebut dihadapan pegawai kastam dan Jabatan Kastam dan Anwar menuduh Sultan mencuri kereta tersebut. Tidak lama kemudian, telah dibuktikan bahawa tindakan Sultan tersebut benar dan Anwar salah…dan kes tersebut didiamkan. Tetapi imej Sultan tercalar. Tindakan Anwar merupakan tindakannya sendiri dan bukan atas arahan Mahathir. Oleh itu tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa Anwar hanya menurut perintah Mahathir.

Untuk memahami apa yang berlaku di Perak hari ini, seseorang itu perlu melihat apa yang berlaku 25 tahun lalu, apabila Anwar dan Ghafar melakukan beberapa kunjungan untuk berbincang dnegan Raja-Raja Melayu ketika Krisis Perlembagaan. Imej Raja-Raja tercalar dan Anwar merupakan orang yang terpaksa mereka hadapi… bukan Mahathir. Benar… Raja-Raja tahu bahawa Mahathirlah yang menjadi dalang tetapi Anwarlah yang bertegang urat dan bertekak dengan Raja-Raja Melayu… manakala Ghafar hanya duduk diam.

Benar..Raja-Raja pentingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan.. adalah untuk survival mereka. Tapi bukankah ini reaksi semulajadi manusia? Bukankah tindakan untuk survival itu sifat semulajadi manusia? Dan ini lah yang dilakukan oleh Sultan Perak. Dia menyokong Najib..bukan Anwar. Dan dia memberikan kerajaan Perak kepada parti Najib dan bukan Anwar. Itulah tindakan yang akan dilakukan oleh sesiapa saja apabila keadaannya terancam.

Tetapi apakah keadaan sebaliknya akan berlaku di Perak? Bukankah apa yang dilakukan oleh Sultan Perak ini akan mempercepatkan lagi keruntuhan institusi Raja? Hanya masa akan menentukannya. Mungkin…apa yang berlaku diPerak akan menyebabkan orang bertanya..apakah relevannya institusi Raja. Mungkin …Tsunami kuasa rakyat akan mencabar kewibawaan Raja-Raja dan desakan untuk menghapuskan Raja-Raja akan memuncak. Ataupun..Najib akan dilihat sebagai penyelamat institusi raja…sekurang-kurangnya semasa hayatnya menjadi Perdana Menteri.

7 Mei 2009, boleh jadi… ataupun tidak.. amat penting kepada Raja-Raja. 7 Mei 2009 akan menyaksikan sama ada Raja-Raja akan menjadi semakin kuat… atau semakin lemah. Kita akan tahu apabila 7 Mei menghampiri kita. Apakah rakyat akan turun beramai-ramai? Apakah mereka akan turun dalam jumlah yang ramai seperti apa yang dilihat pada hari Penamaan Calon di Bukit Gantang dulu? Apakah kita akan melihat ‘’storming the Bastille” pada 7 Mei 2009 ini?

Sudah pasti, Umno juga akan mengumpulkan penyokongnya yang ramai. Umno mungkin akan mengangkut penyokongnya dari seluruh Malaysia untuk meramaikan pengikutnya. Tidak dinafikan…Umno mempunyai sumber kewangan untuk membiayaai “perhimpunan agong” ini. Dengan wang.. banyak perkara boleh dilakukan.

“Disebelah sana”.. adalah penyokong Pakatan Rakyat.. yang juga akan berada diIpoh pada 7 Mei 2009. Bukan kerana mereka dibayar…tetapi kerana mereka mahu berada disana. Penyokong Pakatan Rakyat tidak perlu dibayar untuk hadir. Mereka akan berada disana diatas kerelaan mereka…dan diatas perbelanjaan mereka.

Dijangkakan.. polis akan mengeluarkan kenyataan. Rakyat akan diberi amaran supaya jangan datang ke Ipoh pada 7 May 2009. Polis akan mengisytiharkan bahawa perhimpunan di Ipoh adalah haram dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang berkumpul di Ipoh pada 7 Mei 2009.

Saya kurang yakin bahawa rakyat akan merasa takut. Dulu… rakyat mungkin boleh diugut dan ditakutkan supaya mereka tinggal dirumah. Rakyat akan berada disana. Kedua-dua pihak akan berada disana. Dan bagaimana pihak berkuasa mengawal keadaan..bergantung kepada apa yang berlaku selepas itu.

Dan jangan kata anda tidak diberi amaran. Kami memberi amaran bahawa setiap tindakan akan berlaku reaksi yang serupa atau bertentangan. Kekuatan akan dilawan dengan kekuatan. Dan keganasan akan menghasilkan keganasan. Dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghalang kehendak rakyat terbanyak. Banyak negara didunia, termasuk negara jiran, telah menunjukkan buktinya. Kuasa rakyat akan menang akhirnya. Tiada pilihan lagi. - perakexpress

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan sedang menimbangkan untuk melepaskan jawatan beliau sebagai ADUN berikutan kegagalan beliau untuk berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat kerana ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejak 14 bulan lalu.

Beliau yang juga penasihat undang-undang Hindraf dalam satu kenyataannya mengesahkan khabar angin bahawa beliau ingin meletak jawatan.

Sekiranya ini berlaku satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan selepas PRK Penanti yang dijadual berlangsung 31 Mei depan dan BN PASTI TEWAS LAGI.

Berikut kenyataan Manoharan yang dihantar oleh isteri beliau, S. Pushpaneela kepada media hari ini:

I once again take this opportunity to thank the voters of Kota Alam Shah in having voted me in as Kota Alam Shah Adun, despite having not met me in person, over 12, 699 voters voted me since 8 march 2008 with a majority of 7,184 votes over and above the BN candidate.

I apologise to my constituents for being unable to serve personally due to my detention without trial under the ISA.

I must thank my constituents for their patience over the last 14 months. The constituents patience and support has kept me going in Kamunting prison thus far.

But the fact remains at over the last 14 months I have not been able to effectively served the public in particular the constituents of Kota Alam Shah.

I feel a sense of guilt of being unable to serve the voters who have voted in as their responsibility in the Selangor state assembly. I feel I am being unfair to my constituents thus far.

I now have to consider resigning as a Selangor state assemblyman for Kota Alam Shah paving the way for a by-election, in order for my constituents to re-elect their new representative who will be better able to serve them and who will be able to physically attend all the sittings of the Selangor State Legislative Assembly and matters arriving there from.

I wish to convey to all in particular to my constituents during the last 17 months of my detention in Kamunting prison, I tried my very best in appealing to the authorities and by way of applications to call for my freedom in order for me to effectively serve the public and my constituents in particular. I have exhausted all avenues for my release.

I have written a letter to ex-PM Abdullah Ahmad Badawi, three letters to now Prime Minister Najib Abdul Razak, eight letters to former home minister, Syed Hamid Albar, and two letters to Selangor Sultan Sharafuddin

Also my applications to the Home Minister for me to attend to the state assembly sitting have all been rejected and I was forced to apply for leave by the Home Minister.

Further, I have also attended the sittings before the ISA advisory board and all three sittings of the panel members have rejected my pleas for my release.

The High Court of Malaya have dismissed my three habeas corpus application. The federal court have dismissed all the three appeals from the high court.

So all the effort has been to no avail. I am very disappointed that despite the 12,699 voters of Kota Alam Shah having voted to show that I have never ever been a threat to national security. The Home Minister defied the voice of the people and the democratic voice of the 12,699 voters.

My 17 months of detention thus far have been very painful which has been made worse by me being in the state of helplessness in being unable to serve my constituents. As such, I hereby wish to inform that I will announce my official decision after meeting my party chairman Mr Karpal Singh who will be meeting me in Kamunting prison on 19th May 2009.

Zambry Abd Kadir sengaja mereka-reka cerita kononnya ada menerima maklumat pihak tertentu mahu mengadakan demonstrasi jalanan ketika berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), 7 Mei ini.

"Saya dimaklumkan tujuan demonstrasi itu diadakan untuk `bersaing' dengan sidang DUN bagi menentukan siapa yang lebih kuat.

"Ini bukan langkah bijak kerana Sidang DUN diadakan bukan mencari gaduh atau menunjuk kekuatan dengan sesiapa, sebaliknya untuk membahaskan program pembangunan bagi faedah rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran pelantikannya sebagai Menteri Besar anjuran Umno Pasir Salak di Kompleks Felcra Seberang Perak dekat sini, malam tadi.

Sebenarnya Zambry cuba meminta pihak polis memberikan kawalan terhadap Bangunan Perak Darul-Ridzuan dimana sidang DUN tersebut akan di adakan seterusnya menjadi sebab kepada campurtangan pihak polis di hari tersebut untuk menahan mana-mana ADUN Pakatan Rakyat supaya mereka (kerajaan haram) dapat berbuat apa-apa yang mereka suka di dewan undangan tersebut.

Demikian pandangan beberapa penganalisis politik Perak yang menyifatkan kenyataan Zambry tersebut sebagai satu muslihat untuk menjustifikasikan tindakan polis nanti.

Ini dapat dilihat dengan kenyataan Zambry yang berkata, beliau yakin pasukan keselamatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan demonstrasi jalanan yang bercanggah dengan undang-undang selain mengadakan kawalan ketat di luar bangunan Perak Darul Ridzuan sepanjang sidang DUN dari 7 hingga 13 Mei ini bagi memastikan perjalanan persidangan itu berjalan lancar.

"Ada kemungkinan pihak Zambry seperti golongan PEKIDA akan dipanggil untuk melakukan provokasi seperti hari persidangan di bawah pokok beberapa bulan lalu," tegas seorang rakyat Perak.

Kerajaan kudeta Perak telah memanggil persidangan DUN 7 Mei ini dengan berharap mengusulkan pemecatan Sivakumar sebagai Speaker untuk digantikan dengan ADUN BN. Zambry yang gagal untuk mendapatkan perisytiharaan dari Mahkamah Persekutuan bahawa beliau sebagai MB yang sah telah bertindak melangkaui kkeputusan mahkamah tersebut dengan meneruskan untuk mengadakan persidangan pada 7 Mei ini dengan alasan telah mendapat perkenan Sultan Perak.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Sebentar tadi..aku menerima panggilan telefon dari Albanjari tentang satu serangan yang dibuat terhadap ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari.

Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.

TERKINI: 11.53 malam.

Aku baru dapat menghubungi YB Yunus dan beliau memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai kepejabat waktu itu.

Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

TERKINI 11.00 PM : Mangsa serangan sedang buat laporan Polis

Mangsa serangan sedang berada di Balai Polis Kuala Kurau membuat laporan. Selain itu kereta penyerang berjenama Kancil yang ditinggalkan oleh penyerang sedang dikawal ketat oleh pihak Polis ditempat berlakunya serangan.

Motif serangan masih lagi tidak dapat di kenal pasti setakat ini.

Mangsa juga mengalami sedikit kecederaan di bahagian tangan terkena pisau yang diambil dari kedai berdekatan untuk menyelamatkan diri dalam pergelutan yang berlaku dalam serangan itu. Abang kepada mangsa juga telah terkena tumbukan dari penyerang yang masih tidak dikenalpasti itu lagi.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini.



SUMBER: perakexpress

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

1. perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
2. perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah..apa ke bendanya moh kita teliti...

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

dalam keputusan mahkamah di atas...yang ummi paham le kan...itu pun kalau ummi tak tersilap tafsir..sebab ummi bukan paham sangat bahasa2 mahkamah ni...

bahawasanya Zambri and the gang BOLEH hadir ke DUN PERAK..bila2 masa yang depa suka...depa nak pi siang ke..malam ke tak ada siapa boleh halang...TETAPI...Zambri and the gang TIDAK BOLEH...diulang sekali lagi...TIDAK BOLEH...MENGHADIRI dan MENGAMBIL BAHAGIAN dalam SIDANG DUN PERAK...

maknaya depa tak boleh turut serta dalam SIDANG DUN...nak datang DUN PERAK ..depa boleh saja datang...nak ikut bersidang...CANNOT..CANNOT..CANNOT..oooo

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGISyTIHARKAN APA YANG DI POHON OLEH MEREKA BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA BERCAKAP DAN MENGUNDI ATAU MELAKUKAN AKTIVITI SEBAGAI SEORANG ADUN, MEREKA SAMALAH SEPERTI PEMERHATI SAJA

macam orang pi sekolah rendah...hang pi la tak ada sapa larang..tapi hang tak boleh masuk belajar ..pasai hangpa dah terlebih umoq nak masuk blajaq sekolah rendah..hehehe kena ke tak contoh yang ummi bagi pun tak tau..layan je laa....


JIKA DEMIKIAN HALNYA BOLEHLAH PR MELAKUKAN UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA KERAJAAN BN ! ALAHAI KALAU ITU LAH YANG MENIMPA BN/UMNO MAKA PR BOLEH AMBIL BALIK KUASA KAT PERAK TU SECEPAT2NYA PADA 7HB MEI NI HEHEHE

Monggolian News Forum melaporkan bahawa Setev Shariibuu, bapa kepada wanita Monggolia yang dibunuh dengan zalim dan kejam di Malaysia pada tahun 2006 akan berada di kawasan pilihan raya kecil Penanti tiga hari sebelum hari pengundian.

Setev Shariibuu tidak akan berkempen tetapi akan berjalan-jalan sekitar kawasan Penanti dan tempat awam. Mr. Shariibuu akan terus berada di Penanti sehingga ke hari pengundian.

Forum ini mungkin telah diketahui oleh SPR sehingga mendorong suruhanjaya pilihan raya itu menyekat pembinaan ‘pondok-pondok panas’ pada hari pembuangan undi.

Setev Shariibuu diberitakan akan ditemani oleh lebih kurang 25 orang warga Monggolia yang ingin melihat dan memantau perjalanan pilihan raya Penanti.

Monggolian News Forum juga menyatakan bahawa Setev Shariibuu akan terut berada disetiap pilihan raya kecil di Malaysia sehingga kes pembunuhan anaknya didengar di mahkamah keadilan antarabangsa.

Kah… kah… kah… Confirmed Najib tidak berani ke Penanti. Rosmah, tolong pergi ke Kerala cari Mr Ji. Suruh Bala bawa Mr. Ji ke Penanti. Kalau Mr. Ji tak datang, Mr. Jai yang pergi nanti.

Patutlah nak mengelak daripada bertanding. Membazirlah katanya. Ropa-ropanya ada undang dalam mee.

.
Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

sumber Hanipah Maidin

bicara si Tanpa Nama

kerajaan BN

pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya..

Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi..

Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya

Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini..
Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya..

Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..
Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo
Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??


Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..
Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak
dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..


Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..
sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

menaikan harga Tol

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..
Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda,
Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..
-----------------------------------


Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR,Juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan,
sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang.
seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

Wassalam

Assalamu'alaikum wm wb,

Sahabat-sahabat pimpinan jama'ah yang dikasihi,

Kita hendaklah sentiasa memuhasabahkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai ALlah.

Sebentar tadi(jam 2.30pm) Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man menghubungi saya. Antaranya memohon agar saya memasukkan tulisannya ini dalam blog saya untuk renungan kita semua khususnya pimpinan di peringkat kawasan, negeri, pusat dan dewan-dewan.

Tulisan beliau adalah seperti di bawah;Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan

« Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’. AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada.
Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh. Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.
( Nauzubillah). Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.
Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang. Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab
“ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.
Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,

“Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah”.

Tindakan Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut terhadap Speaker juga adalah bertentangan dengan Perkara 72(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut:-

“Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya”.

Apa yang menyebabkan keadaan lebih merumitkan ialah bahawa Mahkamah Persekutuan telah MENOLAK permohonan Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut untuk perintah-perintah berikut:-

1) suatu perisytiharan bahawa Dato’ Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dewan Negeri dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya;

2) suatu perisytiharan bahawa keputusan Speaker menggantung dan melarang Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir menghadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan, adalah ultra vires Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau semua undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah;

3) suatu perisytiharan bahawa pembuatan Speaker menggantung dan melarang Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir menghadiri sidang Dewan Negeri Perak selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

4) suatu perisytiharan bahawa keputusan Speaker menggantung dan melarang kenam-enam ADUN di atas menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah ultra vires Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan, Perintah-Perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau semua undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah;

5) suatu perisytiharan bahawa perbuatan Speaker menggantung dan melarang keenam-enam ADUN yang tersebut di atas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang;

6) suatu perisytiharan bahawa Dewan Undangan Negeri adalah tidak terikat dengan keputusan Speaker menggantung dan melarang Dato Seri Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN tersebut menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri;

7) suatu perisytiharan bahawa Dewan Undangan Negeri adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Speaker yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Speaker yang bertarikh 18hb Februari 2009.

8) bahawa Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 3/3/2009 adalah tidak mengikut undang-undang (unlawful).

Kita hanya ada 7 hari lagi untuk Dewan Negeri Perak untuk bersidang. Antara persoalan-persolan yang masih lagi belum terjawab :

1) Samada Dewan Negeri Perak akan bersidang ataupun tidak pada 7 Mei.?

2) Siapakah ADUN-ADUN yang akan boikot persidangan tersebut?

3) Siapakah Menteri Besar yang sah dalam dewan itu?

4) Bolehkan DS Zambry dan barisan Exconya masuk ke dewan?

5) Bolehkah En. Osman Jailu, En. Jamaluddin dan Pn. Hee Yit Fong masuk ke dewan?

6) Adakah Dewan Negeri terikat dengan keputusan Mahkamah?

7) Siapakah yang akan serahkan perutusan kerajaan kepada Tuanku Sultan untuk dibaca?

8) Di manakah DS Nizar dan DS Zambry akan duduk di dalam Dewan Negeri?

9) Siapakah akan menjadi Setiausaha Dewan pada hari itu?

10) Samada Speaker boleh dilucutkan jawatan melalui usul yang dibawa?

11) Samada orang ramai dibenarkan hadir untuk memerhatikan persidangan tersebut?

12) Samada Keselamatan ADUN-ADUN dan pihak-pihak yang terlibat dijamin?

13) Samada akan berlaku kekecohan dalam persidangan itu?

14) Apakah reaksi orang ramai terhadap sidang DUN yang telah ditetapkan?

15) Mungkinkah usul-usul tergempar yang lain akan dikemukakan kemudian?

16) Bentara dewan akan ikut arahan siapa?

17) Samada aturcara mesyuarat adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu?

18) Samada anggota-anggota SUK akan bekerjasama dengan Speaker?

19) Siapakah yang memberi arahan-arahan berkaitan dengan persidangan?

20) Siapakah yang paling berkuasa dalam dewan?

Semua soalan di atas menimbulkan banyak kekeliruan. Adakah wajar untuk persidangan dewan diteruskan dalam keadaan seperti ini?

Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?

“Mahkamah Persekutuan tidak mahu mendengar kes ini. Bola ditendang balik ke Mahkamah Tinggi. ‘Pele Pangkor’ cuba tendang gol di Mahkamah Persekutuan semalam. Tetapi, kena tiang! Sekarang, bola di kaki Nizar. Harap-harap Nizar boleh tendang masuk gol di Mahkamah Tinggi nanti. Inilah harapan seluruh rakyat Perak. Tetapi kita harus ingat, dalam permainan ini, referee, lines man dan pengadil semuanya orang dia. Hanya penyokong-penyokong adalah orang kita. Ini bukan satu permainan yang adil. Tapi, kita tidak boleh putus asa.”

Kelima-lima hakim Mahkamah Tinggi secara sebulat suara membuat keputusan untuk mengembalikan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Ini adalah kerana terdapat pertikaian fakta dalam isu pembubaran Dewan Negeri Perak.

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan awal yang dibuat oleh Sulaiman Abdullah (peguam DS Nizar ). Beliau membuat bantahan awal supaya Mahkamah Persekutuan tidak membuat pentafsiran undang-undang seperti mana yang dipohon oleh DS Zambry.

Menurut Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Alauddin Mohd Sheriff, permohonan Zambry ditolak atas bantahan awal yang dibuat. Antara hakim-hakim lain yang turut bersama semalam ialah:

1) Hakim Arifin Zakaria
2) Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin
3) Hakim Ghazali Mohd Yusoff
4) Hakim James Foong

Mahkamah Tinggi diperintahkan untuk membuat keputusan mengenai fakta-fakta yang dipertikaikan. Kes ini akan masuk semula ke Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei 2009.

Apakah isu yang menjadi pertikaian dalam kes ini?

Menurut afidavit yang difailkan oleh DS Nizar pada 20 April 2009, terdapat butir-butir yang bercanggah diantara affidavit awalnya dengan afidavit yang difailkan oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 8 April 2009.

Menurut Nizar, beliau tidak memberitahu Sultan Perak bahawa dia telah hilang kepercayaan majoriti di Dewan Negeri Perak.

Nizar juga menegaskan bahawa beliau tidak meminta Sultan Perak untuk membubarkan DUN berdasarkan Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Nizar memohon supaya menyoal balas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Menurut Sulaiman Abdullah, beliau telah memohon untuk menyoal balas Datuk Ahmad Kamal pada 4 Mei 2009. Ini adalah kerana, Datuk Kamal dalam afidavitnya menyatakan bahawa Nizar telah memohon pembubaran DUN berdasarkan Artikel 16(6).

Semalam, Sulaiman Abdullah telah memohon kepada Mahkamah Persekutuan supaya tidak membuat tafsiran undang-undang sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkaitan dengan isu yang dipertikaikan. Permohonannya berjaya!

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan dan pendetailan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .

Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

Rujukan;

1. al-Fiqh al-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 2, hlm. 164, bab al-Hadhanah.
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, jil. 3, hlm. 226, maudhu’; al-Hadhanah.
3. Fiqh as-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, hlm. 220, maudhu’; al-Hadhanah.
4. Soheh al-Bukhari, Imam al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta...
5. Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, Syeikh Abi Abdillah Abdissalam ‘Allawish, jil. 3, hlm. 467, kitab al-Hadhonah.
6. Ahkam al-Aulad Fi al-Islam, Syeikh Zakariya Ahmad al-Barri, hlm. 43.
7. Anakku Anakmu (Siri Undang-Undang dan Masyarakat), Siti Zalikhah Md. Nor, hlm. 126-129.
Pinjam dari Ustaz Nasrudin Tantawi

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan dan pendetailan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .

Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

Rujukan;

1. al-Fiqh al-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 2, hlm. 164, bab al-Hadhanah.
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, jil. 3, hlm. 226, maudhu’; al-Hadhanah.
3. Fiqh as-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, hlm. 220, maudhu’; al-Hadhanah.
4. Soheh al-Bukhari, Imam al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta...
5. Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, Syeikh Abi Abdillah Abdissalam ‘Allawish, jil. 3, hlm. 467, kitab al-Hadhonah.
6. Ahkam al-Aulad Fi al-Islam, Syeikh Zakariya Ahmad al-Barri, hlm. 43.
7. Anakku Anakmu (Siri Undang-Undang dan Masyarakat), Siti Zalikhah Md. Nor, hlm. 126-129.
Pinjam dari Ustaz Nasrudin Tantawi

Saya menerima beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat .

Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi tersebut .

Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz ! begitulah ayat kawan saya lewat e mail yang dihantar .

Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang mengundang murka Allah swt .

Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut Alhamdulillah , syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .........[ sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk mengiurkan ]

Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti perkembangan akademi fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai akademi fantasia . Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali menonton persembahannya jika berkesempatan .

Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat agar tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas .

Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak mengundang dosa dan murka Allah swt .

Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong . tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu , sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .

Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?

Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .

Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka Allah swt .

Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala . Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat .

Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .

Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang tidak bertuhan .

Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz - ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab mereka seorang muslim .

Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar - benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap manusia dalam kepungan mungkar .

Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt .

Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar . Benarlah kata hukama' Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .

Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar menjadi baik .

Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan . lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram , rogol , lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan membinasakan nasab keturunan .

Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas , pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' .

Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab syukur alhamdulillah ! tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini ! .....[ biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki .]

Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang berkesan dan bertyerusan untuk mereka .

Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang dikur niakan Allah swt .
pinjam dari Ustaz Nasrudin Tantawi

“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009